i-Sinar KWSP: Pembayaran i-Sinar Kategori 1 Bulan Mac Bermula Hari ini 22 Februari ! ~ Semak Akaun Anda

Kongsikan Artikel Ini

i sinar%2Bmac%2B2021

Group%2BWhatsapp%2BInfo%2BBantuan%2BKerajaan

Berita baik untuk para pemohon i-Sinar Kategori 1, rata-rata pemohon i-Sinar kategori 1 berkongsi perasaan gembira mereka kerana pembayaran untuk bulan ini diawalkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).


Mungkin ada yang tidak tahu berkenaan dengan pembayaran awal untuk bulan Februari dan Bulan Mac ini untuk ahli i-Sinar kategori 1.





Kami kongsikan kepada anda maklumat terkini pembayaran i-Sinar Kategori 1.

Pembayaran Bulan Februari Dan Bulan Mac Diawalkan

Ramai pemohon sedia maklum bahawa jika sebelum ini, kebiasannya pembayaran i-Sinar kategori 1 dilakukan awal bulan seperti contoh pada tanggal 3 bulan februari lalu.

Seperti mana dengan i-Lestari, pembayaran i-Sinar kategori 1 ini juga dilakukan awal bagi memeberi ruang kelulusan tanpa syarat kepada pemohon-pemohon i-Sinar kategori 2.

Sebab Mengapa Pembayaran Bulan Mac i-Sinar Kategori 1 Diawalkan

Disebabkan kelulusan tanpa syarat bagi permohonan kategori 2 ini bermula 8 Mac, justeru KWSP telah bertindak dengan membuat pembayaran awal bagi bulan Mac bagi para pemohon kategori 1.

Tarikh pembyaran i-Sinar Bagi Bulan Mac bermula hari ini iaitu:

  • 22 Februari 2021 – Isnin

Ini bermakna para pemohon akan menerima 2 kali pembayaran i-Sinar pada bulan Februari iatu pembayaran untuk bulan Februari dan bulan Mac

  • Anda perlu untuk faham bahawa cara pembayaran ini adalah mengikut kumpulan ataupun batch. Jika anda merupakan penerima batch 1, maka anda akan menerima pembayaran Mac bermula hari ini 22 Februari dan begitulah seterusnya mengikut batch masing-masing.

Tambahan

Sekiranya KWSP tidak membuat sebarang perubahan sistem pembayaran bagi i-Sinar kategori 1, dapat kita simpulkan bahawa pembayaran bulan April juga akan bermula pada 22 Mac bulan depan.

Baca Juga: Cara Semak Tarikh Pembayaran i-Sinar Bulan Februari Dan Mac

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, ahli boleh menghubungi hotline khas i-Sinar di 03 – 8922 4848.
Untuk pertanyaan umum, ahli boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03-8922 6000 atau melayari laman web www.kwsp.gov.my.


Sumber: kerjasasemasa.com


Kongsikan Artikel Ini