i-Sinar KWSP: Pembayaran Interim RM1,000 i-Sinar KWSP Kategori 2

Kongsikan Artikel Ini

bayaran%2Binterim%2Bi%2Bsinar%2Bkategori%2B2

Tahukah anda Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan membuat pembayaran pendahuluan sehingga RM1,000 bagi permohonan kemudahan i-Sinar Kategori 2?

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, inisiatif itu bagi menambah baik kemudahan i-Sinar, terutamanya bagi mereka yang menghadapi pelbagai cabaran akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta bencana banjir.



Sebanyak RM1,000 akan dibayar secara interim kepada pemohon-pemohon kategori 2.

Berikut kami kongsikan maklumat lanjut berkaitan i-Sinar Kategori 2:

Tarikh Bayaran Interim Kategori 2

Bayaran Interim i-Sinar Kategori 2 akan bermula 26 Januari 2021

i%2Bsinar%2B1


Apa Itu Pembayaran Interim?

Bayaran interim adalah sejumlah bayaran yang dibayar lebih awal kepada pemohon i-Sinar kategori 2 sementara permohonan mereka diproses sepenuhnya oleh KWSP.

Anda juga perlu faham bahawa pembayaran interim sehingga RM1,000 ini akan ditolak daripada jumlah keseluruhan i-Sinar yang akan dimohon nanti.

i%2Bsinar%2B2

Contoh Situasi Pembayaran Interim i-Sinar Kategori 2

i%2Bsinar%2B3


Contoh Pengeluaran Pembayaran RM10,000 i-Sinar Kategori 2

i%2Bsinar%2B4


Cara Permohonan & Dokumen Yang Perlu Disertakan

isinar kwsp kategori 1


Berbeza dengan Kategori 1 yang mendapat kelayakan automatik, permohonan Kategori 2 memerlukan dokumen sokongan.

Permohonan i-Sinar Kategori 2 Memerlukan bersama dokumen berikut:

  • Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan; DAN
  • Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan/atau tuntutan kerja lebih masa; DAN/ATAU
  • Jika dokumen di atas tidak boleh dikemukakan, sebarang dokumen sokongan lain seperti penyata bank atau surat pengesahan majikan akan diberi pertimbangan.

Maklumat Lanjut Tentang i-Sinar Kategori 2

Untuk maklumat lanjut tentang permohonan i-Sinar KWSP, sila hubungi Hotline i-Sinar di talian 03-8922 4848. atau rujuk Soalan Lazim (FAQ) i-Sinar di SINI.

Anda boleh mengikuti perkembangan terkini skim i-Sinar KWSP melalui portal rasmi https://www.kwsp.gov.my/ms/home.

Semoga artikel ini bermanfaat untuk anda dan keluarga. Jangan lupa untuk kongsikan artikel ini bersama dengan rakan-rakan anda.


Kongsikan Artikel Ini