i-Sinar KWSP: Tarikh Bayaran i-Sinar Bulan Februari dan Seterusnya 2021 ~ Wajib Anda Tahu

Kongsikan Artikel Ini


Group%2BWhatsapp%2BInfo%2BBantuan%2BKerajaan

Memandangkan bulan februari  sudah bermula, pasti ramai orang yang ternanti-nanti dan tertanya-tanya bilakah bayaran i-Sinar bulan kedua akan dikreditkan ke akaun masing-masing. 


Sedikit berbeza dengan i-Lestari yang pembayarannya secara berjadula setiap bulan, manakala penerima i-Sinar pula akan menerima bayaran mengikut kategori permohonan dan tarikh kelulusan masing-masing.

Tarikh Bayaran i-Sinar Pada Bulan Kedua dan Seterusnya

Menerusi satu perbualan bersama dengan ELYA di Live Chat KWSP, berikut dikongsikan maklumat terkini pembayaran i-Sinar bulan kedua:

  • Tempoh pembayaran bulan seterusnya adalah seperti bayaran  tarikh bulan pertama (Maksudnya sekiranya anda menerima bayaran pada 7 Januari, bayaran kedua pun sekitar 7 Februari jika jatuh pada hari bekerja) ATAU
  • Maksimum dalam tempoh 2 minggu atau,
  • Sebelum akhir bulan berkenaan

Tambahan pula, pemohon juga boleh untuk membuat semakan status untuk info lanjut berkaitan tentang maklumat terkini pembayaran i-Sinar Kategori 2.

elya


Cara Semakan Status iSinar Melalui Portal i-Sinar

  1. Layari laman web https://isinar.kwsp.gov.my/
  2. Skrol ke bahagian bawah dan tekan butang SEMAK STATUS
  3. Isikan maklumat yang diminta
  4. Status kelulusan dan maklumat pembayaran akan dipaparkan

Sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi hotline khas i-Sinar di 03 – 8922 4848 atau ELYA Live Chat melalui pautan INI : https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/connect-with-us
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda.

Kredit: harianpost.my

Kongsikan Artikel Ini