i-Sinar: Tidak Lulus/Gagal i-Sinar KWSP Kategori 1? ~ Ini Cara Permohonan KWSP Akaun 2 (Kategori 2) Januari 2021

Kongsikan Artikel Ini

i%2Bsinar%2Bkategori%2B2
Semalam 4 Januari telah pun diumumkan status kelulusan i-Sinar bagi kategori 1 bagi sebahagian pencarum KWSP.  



Tahukah anda, sekiranya anda tidak lulus dalam permohonan i-Sinar kategori 1, anda boleh dan masih berpeluang untuk memohon permohonan  di bawah i-Sinar Kategori 2 bermula 11 Januari 2021.

Kami akan kongsikan kepada anda cara memohon, dokumen yang diperlukan dan juga syarat kelayakan yang diperlukan bagi membuat permohonan kategori 2. 

Tarikh Permohonan
Bagi anda yang tergolong dalam i-Sinar Kategori 2, permohonan boleh dibuat bermula 11 Januari 2021.
Syarat Kelayakan i-Sinar Kategori 2
  • Ahli yang belum mencapai umur 55 tahun.
  • Mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas (jumlah gaji, elaun dan elaun kerja lebih masa) sejak 1 Mac 2020.

i sinar kategori 2


Cara Permohonan & Dokumen Yang Perlu Disertakan
  • Permohonan i-Sinar hanya dibuka secara online di laman web isinar.kwsp.gov.my
  • Permohonan dibuka mulai 11 Januari 2021.

Langkah membuat permohonan adalah seperti berikut:
isinar kwsp kategori 1

Berbeza dengan Kategori 1 yang mendapat kelayakan automatik, permohonan Kategori 2 memerlukan dokumen sokongan.

Permohonan i-Sinar Kategori 2 Memerlukan bersama dokumen berikut:
  • Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan; DAN
  • Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan/atau tuntutan kerja lebih masa; DAN/ATAU
  • Jika dokumen di atas tidak boleh dikemukakan, sebarang dokumen sokongan lain seperti penyata bank atau surat pengesahan majikan akan diberi pertimbangan.
Semakan Status & Tarikh Bayaran
  1. Bagi i-Sinar Kategori 2, status permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat.
  2. Pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya, selepas kelulusan diberi.
  3. Pembayaran selebihnya akan dibuat secara bulanan mengikut jumlah dan tempoh permohonan anda.
  4. Pembayaran akan dilakukan melalui kaedah pengkreditan terus (direct credit) ke dalam akaun bank milik anda.
Maklumat Lanjut Tentang i-Sinar Kategori 2
Untuk maklumat lanjut tentang permohonan i-Sinar KWSP, sila hubungi Hotline i-Sinar di talian 03-8922 4848. atau rujuk Soalan Lazim (FAQ) i-Sinar di SINI.

Anda boleh mengikuti perkembangan terkini skim i-Sinar KWSP melalui portal rasmi https://www.kwsp.gov.my/ms/home.

Semoga artikel ini bermanfaat untuk anda dan keluarga. Jangan lupa untuk kongsikan artikel ini bersama dengan rakan-rakan anda. 

Kongsikan Artikel Ini