Ini Cara Mohon Bantuan RM2,500 KWSP Sekiranya Ada Ahli Keluarga Meninggal

Kongsikan Artikel Ini

Ramai masih tidak tahu bahawa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ada menyediakan Bantuan Kematian sebanyak RM2,500 untuk keluarga tuntut sekiranya terdapat ahli keluarga yang meninggal dunia.

Ramai masih tidak tahu bahawa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ada menyediakan Bantuan Kematian sebanyak RM2,500 untuk keluarga tuntut sekiranya terdapat ahli keluarga yang meninggal dunia.
Bantuan kematian ini merupakan tanda simpati KWSP terhadap waris terdekat ahli. Bayaran sebanyak RM2,500 dibayar sekali sahaja kepada “orang tanggungan ahli” yang layak (balu/duda, anak, atau ibu bapa ahli tertakluk kepada status perkahwinan ahli).
Kami kongsikan kepada anda cara untuk menuntun Bantuan Kematian RM2,500 KWSP.

Syarat-Syarat Kelayakan Permohonan

Berikut syarat-syarat yang perlu anda penuhi sebelum membuat permohonan Bantuan Kematian:
Ahli yang telah meninggal dunia adalah warganegara Penduduk Tetap (PR) dan Bukan Warganegara (yang mendaftar sebelum 1 Ogos 1998)
Ahli mati sebelum mencapai umur 60 tahun
Orang tanggungan ahli (balu/duda/anak/ibu bapa) tertakluk kepada status perkahwinan ahli
Ahli masih mempunyai simpanan KWSP
Permohonan mesti diterima dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian ahli

Siapa Yang Boleh Memohon?

  • Penama
  • Berumur 18 tahun dan ke atas

Apa Yang Boleh Dikeluarkan?

Kesemua bahagian simpanan KWSP ahli mengikut bahagian penamaan yang dibuat.

Apa Yang Anda Patut Tahu?

Ahli Beragama Islam
Jika penama meninggal dunia, waris terdekat ahli layak untuk memohon bagi Pengeluaran Kematian.

Ahli Bukan Beragama Islam
Jika penama meninggal dunia sebelum kematian ahli, waris terdekat ahli layak untuk memohon bagi Pengeluaran kematian ahli, waris terdekata penama layak untuk memohon.

Dokumen Yang Diperlukan

Berikut senarai dokumen yang diperlukan:
  • Borang KWSP 9KM (AHL) dan Senarai Semak Dokumen
  • Maklumat Akaun Bank (Akaun Simpanan/ Akaun Semasa/Surat Pengesahan maklumat pemegang akaun dari bank/Akaun Harta Pusaka Simati-NamaSiMati)
  • Dokumen Bukti Pertalian (Sijil Daftar Kahwin/Sijil Akaun Sumpah Kahwin bagi Ahli Bukan Islam dan telah berkahwin sebelum 1 Mac 1982)
  • Surat Kuasa (Surat Pentadbiran Mahkamah/ Institusi Perundangan/ Amanah Raya Berhad (ARB))
  • Salinan Dokumen Pengenalan Diri pemohon bersama salinan asal untuk tujuan pengesahan
  • Salinan Dokumen Sijil Kelahiran pemohon bersama salinan asal untuk tujuan pengesahan (jika perlu)
  • Sijil Kematian ahli atau Sijil Kematian penama (jika penama telah meninggal dunia)
  • Sijil Kelahiran ahli (jika ahli belum berkahwin) atau Sijil Perkahwinan (jika ahli telah berkahwin) atau Surat Penceraian ahli/ bukti pertalian dengan pemohon (jika ahli sudah bercerai)
  • Borang Perakaun Tanggungjawab (Yang Islam-Lampiran A)
  • Borang Perakuan Tanggungjawab (Bukan Islam-Lampiran B)

Maklumat Penting

  • Pastikan semua salinan dokumen disahkan dan diakui oleh orang yang diberi kuasa
  • Hantar permohonan lengkap ke kaunter KWSP terdekat
  • Rujuk kepada senarai bank panel KWSP untuk kredit terus ke dalam akaun pemohon

Maklumat Lanjut

Anda boleh layari https://www.kwsp.gov.my/ms/member/withdrawals/full/death unuk maklumat lanjut


Kongsikan Artikel Ini