Insentif Khas Sehingga RM500 Kepada Setiap Orang . Mohon Sekarang

Advertisements

i-Saraan ialah skim KWSP di bawah Belanjawan 2025 yang membolehkan individu bekerja sendiri atau tanpa pendapatan tetap membuat caruman sukarela untuk persaraan, sambil menerima insentif tambahan daripada Kerajaan.

Program ini adalah satu inisiatif mencarum di bawah caruman sukarela yang diperkenalkan oleh KWSP. Ia memberi peluang kepada ahli yang bekerja sendiri serta pekerja sektor ekonomi gig tanpa pendapatan tetap menerima insentif khas daripada Kerajaan bagi tujuan persaraan, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.​

Caruman i-Saraan akan diagihkan ke Akaun Persaraan (75%), Akaun Sejahtera (15%), dan Akaun Fleksibel (10%). Bagi ahli berumur 55 tahun ke atas, semua caruman akan dikreditkan ke Akaun Emas.

Kelayakan 

Syarat Kelayakan :

i. Telah mendaftar sebagai ahli KWSP;

ii. Warganegara Malaysia; ‘

iii. Belum mencapai umur 60 tahun;

iv. Individu yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap, anggota perkhidmatan awam dalam skim perkhidmatan berpencen serta pekerja sektor ekonomi gig

  • Ahli layak menerima Insentif Khas berdasarkan caruman padanan sebanyak 20% (sehingga maksimum RM500) daripada jumlah caruman sukarela dalam tahun semasa yang dibuat oleh ahli. Bagi membolehkan ahli menerima Insentif Khas maksimum sebanyak RM500 setahun, ahli perlu mencarum sekurang-kurangnya RM2,500 setahun. Rujuk ilustrasi di bawah:

Cara Mohon

Untuk mendaftar i-Saraan:

  1. Isikan borang permohonan i-Saraan KWSP 16G (M)
  2. Buat pendaftaran secara dalam talian di Portal Pendaftaran i-Saraan atau kaunter KWSP (Rujuk lokasi Pejabat KWSP berhampiran)
  3. Pendaftaran i-Saraan melalui aplikasi KWSP i-Akaun
  4. Pendaftaran i-Saraan di mana‑mana Self Service Terminal (SST)
  • Dokumen yang diperlukan:
  1. MyKad
  2. Borang i-Saraan KWSP 16G (M)

Kaedah Bayaran :

  1. Aplikasi mudah alih : Pembayaran secara elektronik melalui aplikasi mudah alih KWSP Perbankan Internet
  2. Perbankan Internet :Pembayaran secara elektronik melalui:i. Alliance Bankii. Bank Islam

    iii. Bank Muamalat

    iv. BSN

    v. CIMB Bank

    vi. Hong Leong Bank

    vii. Kuwait Finance House

    viii. Maybank

    ix. MBSB

    xi. Public Bank

    xii. RHB Bank

  3. Ejen Bank Berdaftar : Pembayaran secara elektronik tunai melalui bank Bank (EB) BSN :                                                                                                                                       Pembayaran secara tunai / cek di kaunter Ejen Bank:i. BSNii. Maybank

    iii. Public Bank

    iv. RHB (Hanya menerima pembayaran kad debit dan pindahan debit sahaja)

    Nota: Sila sertakan Borang Bayaran Caruman i-Saraan KWSP 6A (2)

    • Jika bayaran menggunakan cek atau draf bank:i. Bayaran hendaklah dibuat kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerjaii. Sila catat nombor ahli KWSP, bulan caruman dan nombor telefon di bahagian belakang.
  4. Pejabat KWSP.

Pembayaran secara tunai (maksimum RM500) / cek / draf bank / wang pos boleh dibuat di kaunter peresitan Pejabat KWSP berikut:

i. KWSP Shah Alam

ii. KWSP  Kuala Lumpur

iii. KWSP Ipoh

iv. KWSP Seberang Jaya

v. KWSP Alor Star

vi. KWSP Kangar

vii. KWSP Johor Bahru

viii.KWSP Muar

ix. KWSP Melaka

x. KWSP Seremban

xi. KWSP Kuantan

xii. KWSP Kuala Terengganu

xiii. KWSP Kota Bharu

xiv. KWSP Kota Kinabalu

xv. KWSP Kuching

*Pembayaran secara Kad Debit disediakan di semua Pejabat KWSP

Nota: Sila sertakan Borang Bayaran Caruman i-Saraan / i-Suri KWSP 6A (2)

  • KWSP tidak menggalakkan ahli membuat pembayaran secara tunai untuk jumlah yang besar di kaunter Pejabat KWSP. Jika bayaran menggunakan cek atau draf bank:i. Bayaran hendaklah dibuat kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerjaii. Sila catat nombor ahli KWSP, bulan caruman dan nombor telefon di bahagian belakang

5. Pasukan Mobile KWSP / Relationship & Advisory (RA)

  • Pembayaran secara elektronik melalui Kad Debit
  • Amaun bayaran caruman adalah tertakluk kepada had transaksi Kad Debit pembayar

Nota: Bayaran caruman secara kad debit melalui perkhidmatan Pasukan Mobile KWSP / Relationship & Advisory (RA) adalah tertakluk kepada jadual lawatan

Soalan Lazim

S : Apakah ahli yang sudah mencapai umur 55 tahun boleh mendaftar?

J :  Ya. Ahli KWSP yang berstatus warganegara Malaysia dan belum mencapai 60 tahun boleh mendaftar i-Saraan.

S : Apakah ahli yang sudah mencapai umur 60 tahun boleh mendaftar?

J :  Tidak. i-Saraan hanya terbuka kepada ahli KWSP yang belum mencapai umur 60 tahun.

S : Bolehkan ahli yang merupakan anggorta perkhidmatan awam skim perkhidmatan berpencen berada dalam skim ini?

J : Ya, anggota perkhidmatan awam yang telah mendapat taraf berpencen dan belum mencapai umur 60 tahun layak untuk mendaftar i-Saraan.

S : Bolehkan ahli yang merupakan anggota tentera yang masih berkhidmat memohonnya ?

J : Ya, anggota tentera yang masih berkhidmat boleh memohon i-Saraan sekiranya telah berdaftar sebagai ahli KWSP.

 

Advertisements

Leave a Comment