Permohonan baharu menerusi pemansuhan kriteria serta syarat kemudahan i-Sinar akan dibuka bermula 8 Mac 2021 kepada semua ahli dibawah umur 55 tahun, tertakluk kepada baki caruman didalam Akaun 1 KWSP ahli.
Tarikh Bayaran i-Sinar Mac 2021
Umum mengetahui bahawa pemansuhan kriteria serta syarat kemudahan i-Sinar telah diumumkan pada bulan Februari 2021. Berikutan daripada itu, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan bahawa bayaran akan dibuat bermula 2 Mac 2021 serta kelulusan berperingkat diberikan bagi permohonan yang telah dibuat sebelum 25 Februari 2021.
Kelulusan i-Sinar Dipermudahkan
- Menurut KWSP, bagi ahli di bawah umur 55 tahun yang telah membuat permohonan bagi kemudahan i-Sinar akan diberikan kelulusan bermula 8 Mac 2021
- Ini termasuk mana-mana permohonan baharu yang diterima selepas tarikh tersebut, tertakluk kepada baki yang sedia ada dalam Akaun 1 ahli
- Pemansuhan kriteria i-Sinar sebelum ini bermakna pembayaran interim RM1,000 yang dilaksanakan pada bulan lepas akan dihentikan
Jumlah Pengeluaran i-Sinar
- Bagi ahli yang mempunyai simpanan sebanyak RM100,000 dan ke bawah (Akaun 1), mereka mempunyai akses kepada jumlah pengeluaran sehingga RM10,000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000
- Bagi ahli yang mempunyai lebih dari RM100,000 (Akaun 1), mereka mempunyai akses kepada jumlah pengeluaran sehingga 10% daripada simpanan Akaun 1 mereka. Walau bagaimanapun, jumlah pengeluaran maksimum yang dibenarkan adalah sebanyak RM60,000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam temboh enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga RM10,000
Bila Tarikh Sesuai Untuk Membuat Permohonan i-Sinar Semula?
KWSP menasihatkan agar ahli yang belum pernah membuat permohonan bagi kemudahan i-Sinar untuk menangguhkan permohonan mereka sehingga i-Sinar yang telah dikemaskini dilancarkan pada 8 Mac.
Hal ini bertujuan untuk memendekkan masa yang diperlukan untuk proses permohonan mereka dan mempercepatkan pembayaran wang i-Sinar.
Maklumat Lanjut
Anda boleh menghubungi hotline khas i-Sinar di 03-89224848. Untuk pertanyaan umu, ahli boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03-8922 6000 ataupun melayari laman web www.kwsp.gov.my.
Aqasya is the dedicated author behind www.mingguankerja.my, the go-to platform for comprehensive coverage of job vacancies and pressing current issues in Malaysia. With a knack for delivering informative and insightful content, Aqasya keeps the Malaysian audience well-informed and connected to employment opportunities and local affairs.