Jadual Acara Basikal Keirin Sukan Olimpik 2024

Kongsikan Artikel Ini

Rakyat Malaysia menantikan acara basikal keirin yang akal menampilkan pelumba basikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, Muhammad Shah Firdaus Shahrom dan Nurul Izzah Izati Mohd Asri.

Misi untuk membawa pulang pingat Olimpik ke Malaysia diteruskan hari ini, 11 Ogos 2024 bertempat di Vélodrome de Saint-Quentin-en-Yvelines, Paris, Perancis.

TERKINI – Pelumba basikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang telah disingkarkan dari acara keirin berikutan ‘false start’. Namun, Muhammad Shah Firdaus Shahrom berjaya lolos ke peringkat Suku Akhir yang akan berlangsung pada 11 Ogos 2024 jam 5.30 petang waktu Malaysia.

TERKINI – Mohammad Shah Firdaus layak ke separuh akhir! Pelumba sensasi Malaysia ini berjaya mendapat tempat ke-3 dalam suku akhir dan akan ke separuh akhir pada jam 6.30 petang hari ini!

TERKINI – MALAYSIA KE FINAL! Mohammad Shah Firdaus akan ke pusingan akhir acara keirin selepas pelumba Jepun disingkirkan selepas menerima kad kuning kedua! Ayuh Malaysia! Pusingan akhir akan berlangsung jam 7.30 petang hari ini!

Acara keirin ini akan menjadi harapan terakhir rakyat Malaysia untuk melihat pingat emas dibawa pulang ke tanah air.

Sukan Berbasikal Trek di Sukan Olimpik

Sukan berbasikal trek adalah salah satu dari acara yang menjadi tumpuan rakyat Malaysia selepas badminton.

Acara berbasikal trek dikatakan telah wujud sejak tahun 1870. Pada tahun 1912, disiplin bentuk baharu acara ini telah ditampilkan di setiap Sukan Olimpik.

Dalam Sukan Olimpik Paris 2024, terdapat enam acara berbasikal yang dipertandingan. Namun, kontinjen Malaysia akan menyertai 2 acara iaitu sprint dan keirin lelaki dan wanita.

Format Acara Basikal Keirin

acara basikal keirin
Jadual Acara Basikal Keirin Sukan Olimpik 2024 5

Terdapat lima peringkat dalam acara keirin iaitu pusingan pertama (5 saringan), pusingan pertama repechages (4 saringan), suku akhir, separuh akhir dan akhir.

Baca Juga : Jawatan Kosong Institut Sukan Negara (ISN) Bulan Ogos 2024

Keirin merupakan perlumbaan di mana pelumba melengkapkan pecutan pada pusingan terakhir setelah mengekori seorang ‘pacer’ pada kelajuan bermula 30km/j ke 50km/j dan kemudiannya memecut ke garisan penamat setelah pacer meninggalkan trek.

Jadual Acara Basikal Keirin Sukan Olimpik 2024

Berikut adalah jadual acara basikal keirin lelaki dan wanita yang melibatkan pelumba Malaysia:

AcaraTarikh – HariWaktu Malaysia
Pusingan Pertama10 Ogos – Sabtu11.20 Malam
Pusingan Repechage11 Ogos – Ahad1.20 Pagi
Suku Akhir11 Ogos – Ahad5.30 Petang
Separuh Akhir11 Ogos – Ahad6.30 Petang
Akhir11 Ogos – Ahad7.32 Malam
jadual basikal olimpik 2024 1
Jadual Acara Basikal Keirin Sukan Olimpik 2024 6

Saluran LIVE Sukan Olimpik

Radio Televisyen Malaysia (RTM) merupakan Penyiar Rasmi Sukan Olimpik Paris 2024 bermula 27 Julai – 12 Ogos 2024.

Anda boleh menonton siaran RTM secara percuma melalui televisyen atau pautan live streaming di RTMKlik :

Sukan RTM : https://rtmklik.rtm.gov.my/live/sukanrtm
TV Okey : https://rtmklik.rtm.gov.my/live/okey
TV 1 : https://rtmklik.rtm.gov.my/live/tv1
TV 2 : https://rtmklik.rtm.gov.my/live/tv2
TV 6 : https://rtmklik.rtm.gov.my/live/tv6

Anda juga boleh mengikuti berita dan keputusan acara basikal Olimpik Malaysia 2024 menerusi pautan berikut:

Malaysian Track Cycling: https://www.instagram.com/malaysian_track_cycling/
Astro Arena: https://www.facebook.com/AstroArenaSukan
Majlis Sukan Negara: https://www.facebook.com/majlissukannegaramalaysia/


Kongsikan Artikel Ini