Jadual Bayaran STR Fasa 4. Penerima bantuan STR Fasa 4 yang menggunakan platform institusi Bank Simpanan Nasional (BSN) akan menerima bayaran lebih awal dan diikuti dengan penerima institusi perbankan lain.
LHDN memaklumkan bahawa Penerima Bayaran Fasa 4 adalah merujuk kepada penerima Fasa 1, 2 & 3 yang telah disemak silang dengan data kematian pemohon dan pasangan sehingga 28 Februari.
Ini bermaksud, permohonan baharu dan kemaskini STR yang bukan penerima Fasa 1, Fasa 2 & Fasa 3, bayaran akan dilakukan pada Fasa 4 kepada penerima STR yang layak.
Jadual Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 4 Mengikut Bank
Berikut merupakan jadual pembayaran STR Fasa 4 mengikut bank-bank bakal penerima :
SENARAI BANK | MASA |
BANK BSN | Selepas 6:00 Petang |
CIMB BANK | Selepas 9:00 Malam |
MAYBANK | Selepas 10:00 Malam |
BANK RAKYAT | Selepas 8:00 Malam |
RHB BANK | Selepas 9:00 Malam |
BANK ISLAM | Selepas 9:00 Malam |
AFFIN BANK | Selepas 8:00 Malam |
AGRO BANK | Selepas 8:00 Malam |
Jumlah Bayaran STR Fasa 4
Dibawah merupakan jadual jumlah bayaran bagi STR Fasa 4 yang akan rakyat nikmati :
Pendapatan Isi Rumah RM2,500 dan Ke Bawah
Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000
Semakan Status STR Fasa 4
- Status pembayaran STR kini boleh disemak mulai 26 Jun 2023.
- Layari portal rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Sila klik Log Masuk STR untuk semakan lanjut.
Maklumat Lanjut Jadual Bayaran STR Fasa 4
Sekiranya terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan), ID MySTR akan disekat dan dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam.
Sebarang bantuan lanjut, boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.
Atau anda boleh layari Portal Rasmi : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Amin is the prolific writer behind www.mingguankerja.my, a dynamic platform that serves as a trusted source for publishing job vacancies and current issues in Malaysia. With a keen eye for relevant and informative content, Amin’s work contributes to keeping the Malaysian community well-informed and connected to employment opportunities and local affairs.