Jadual Bayaran STR Mengikut Bank 29 Ogos 2024

Kongsikan Artikel Ini

Tarikh rasmi STR Fasa 3 dikreditkan adalah pada Khamis, 29 Ogos 2024. Jadual bayaran STR turut disediakan mengikut kategori penerima.

Kerajaan kini mula memproses data Sumbangan Tunai Rahmah yang melibatkan kira-kira 8 juta penerima yang layak.

Dalam satu hebahan rasmi kerajaan melalui laman facebook Kementerian Kewangan, tarikh bayaran STR Fasa 3 adalah pada hari Khamis, 29 Ogos 2024.

Apa itu Sumbangan Tunai Rahmah (STR)?

Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan sebuah inisiatif bantuan tunai khusus untuk warganegara Malaysia yang berfokus kepada individu dan isi rumah B40, M40, bujang dan warga emas.

Mendepani arus peredaran zaman dan kekangan ekonomi, bantuan tunai ini bakal meringankan beban kewangan serta meningkatkan kesejahteraan 8.4 juta rakyat Malaysia yang memerlukan.

STR Fasa 3 Dikreditkan Khamis, 29 Ogos 2024

Proses bayaran STR Fasa 3 akan mula dilaksanakan bermula Khamis, 29 Ogos 2024.

Jadual pengkreditan bayaran adalah seperti berikut:

  • STR Fasa 1 : 29 Januari 2024
  • STR Fasa 2 : 3 April 2024
  • STR Fasa 3 dikreditkan Khamis, 29 Ogos 2024 (RASMI)
  • STR Fasa 4 : November 2024

Login MySTR & Semakan Status Kelayakan

Berikut dikongsikan enam langkah mudah login MySTR dan semakan status:

  1. Layari laman web MySTR https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Masukkan no KP (MyKAD) dan tekan butang ‘log masuk’
  3. Tekan butang ‘semak’ dan sahkan verifikasi
  4. Masukkan password dan tekan butang ‘log masuk’
  5. Pada menu utama, tekan butang ‘Semakan Permohonan’
  6. Status permohonan akan dipaparkan

Baca Juga : Lirik MADANI Jiwa Merdeka – Lagu Tema Merdeka 2024

Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah 2024 melibatkan dana sebanyak RM10 bilion yang bakal memanfaatkan 8 juta penerima di seluruh negara.

Jadual Bayaran STR Fasa 3 Mengikut Akaun Bank

Pengkreditan bantuan tunai rahmah Fasa 1 dan Fasa 2 telah diberikan kepada yang layak pada bulan Januari dan April 2024 yang lalu.

Jadual berikut pula adalah jumlah bayaran STR Fasa 3 bagi pengkreditan 29 Ogos 2024 menurut soalan lazim yang dikeluarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN):

456543565 945711680926310 5306696590009021672 n 1
Jadual Bayaran STR Mengikut Bank 29 Ogos 2024 5
456737853 945711650926313 4238804233479428658 n 1
Jadual Bayaran STR Mengikut Bank 29 Ogos 2024 6

Sementara itu, Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu siaran media menasihatkan orang ramai supaya sentiasa waspada dengan cubaan pihak tidak bertanggungjawab untuk memperdaya mangsa melalui talian palsu STR.

Berikut dikongsikan siaran media penuh MOF:


Kongsikan Artikel Ini