Jadual Tarikh Bayaran STR Fasa 3 Bulan Ogos 2024

Kongsikan Artikel Ini

Tarikh bayaran STR Fasa 3 (Sumbangan Tunai Rahmah) berpotensi untuk dikreditkan seawal Ogos 2024, selaras dengan jarak tempoh pengkreditan STR Fasa 2 yang telah dibayar sejak 3 April 2024.

Pemberian STR ini selari dengan usaha kerajaan untuk mengutamakan dan memastikan isi rumah berpendapatan rendah terus diberi bantuan sewajarnya.

Berikut dikongsikan infografik jadual tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah bagi bulan Ogos 2024.

Maklumat Terkini Semakan Status, Jadual & Tarikh Bayaran STR Fasa 3

Semakan bayaran bantuan tunai bagi STR Fasa 3 yang dijadualkan pada bulan Ogos tahun ini boleh dilakukan melalui portal MySTR.

Untuk pengetahuan anda, ini adalah sebahagian daripada inisiatif bantuan kewangan yang disediakan di bawah Belanjawan 2024.

STR Fasa 3
Jadual Tarikh Bayaran STR Fasa 3 Bulan Ogos 2024 9

Jadual & Tarikh Bayaran STR Fasa 3 2024

Kerajaan sebelum ini ada melaksanakan skim bantuan yang dikenali sebagai Bantuan Sara Hidup (BSH), Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

Namun, pada 16 Januari 2023, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahm mengumumkan penjenamaan semula bantuan ini sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dengan kadar bayaran yang lebih tinggi.

Kerajaan menyalurkan sumbangan tunai kepada golongan B40 menerusi program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang berjumlah sehingga RM3,100 bagi setiap penerima.

STR Fasa 3 akan membantu meringankan beban kos sara hidup 8.7 juta penerima dengan peruntukan disediakan hampir RM8 bilion.

Artikel Berkaitan : Sumbangan Asas Rahmah : Jadual & Tarikh Bayaran SARA Bulan Julai 2024

Tarikh Bayaran STR Fasa 3

Tarikh bayaran STR Fasa 3 adalah mulai bulan Ogos 2024 (Tarikh sebenar akan dikemaskini setelah diumumkan secara rasmi oleh pihak Kementerian Kewangan Malaysia).

Tarikh bayaran STR bagi fasa 1, 2, 3 dan 4 bagi tahun 2024 adalah :

  • Fasa 1 : 29 Januari 2024
  • Fasa 2 : 3 April 2024
  • Fasa 3 : Ogos 2024
  • Fasa 4 : November 2024
tarikh bayaran STR fasa 3
Jadual Tarikh Bayaran STR Fasa 3 Bulan Ogos 2024 10

Untuk makluman anda, kerajaan juga melakukan beberapa pembaharuan bagi Belanjawan 2024 dengan memberi bayaran tambahan kepada kategori Miskin Tegar dan juga sumbangan bakul makanan serta baucar untuk barangan makanan asas.

STR Fasa 3
Jadual Tarikh Bayaran STR Fasa 3 Bulan Ogos 2024 11

Kadar Bayaran STR Fasa 3

Jumlah bayaran STR Fasa 3 belum diumumkan lagi setakat ini dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Namun anda boleh rujuk jadual di bawah sebagai rujukan;

STR Fasa 3
Jadual Tarikh Bayaran STR Fasa 3 Bulan Ogos 2024 12

Kadar tambahan STR diperkasa melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan pembelian tanpa tunai kepada semua penerima STR 2024 seperti berikut:

STR Fasa 3
Jadual Tarikh Bayaran STR Fasa 3 Bulan Ogos 2024 13

Kaedah Pembayaran STR Fasa 3

  1. Kaedah pembayaran STR adalah seperti berikut:
    • Kredit ke Akaun Bank
  2. Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan.
    • Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
    • Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya:
      • Tiada maklumat akaun bank
      • Status pengkreditan gagal kredit

Cara Semakan STR Fasa 3

Semakan status boleh dibuat melalui pautan berikut:
https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Sila rujuk panduan melalui infografik di bawah:

  1. Klik lok masuk MySTR
  2. Masukkan nombor Mykad pemohon
  3. Pengesahan kata kunci keselamatan
  4. Maklumat yang akan dipaparkan :
    • Nama pemohon
    • No Mykad pemohon
    • Status permohonan
    • Maklumat pembayaran Fasa 1 (jika layak)
  5. Klik menu Semakan Pembayaran Fasa 1
  6. Masukkan kata laluan

Berikut disertakan contoh paparan yang akan dilihat pada laman web semakan.

STR Fasa 3
Jadual Tarikh Bayaran STR Fasa 3 Bulan Ogos 2024 14

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan pertanyaan, sila rujuk :

Artikel Trending :


Kongsikan Artikel Ini