Isu pengeluaran KWSP RM10,000 secara one-off semakin hangat mutakhir ini. Terdapat petisyen atas talian yang dilancarkan secara organik oleh rakyat Malaysia dalam mengumpul kekuatan suara demi menuntut hak pencarum KWSP.
PROTES DI MEDIA SOSIAL
Tidak kurang dari itu, media sosial pula hangat dengan keluh kesah rakyat Malaysia dalam mendepani cabaran hidup pasca pandemik yang melanda negara. Sudah tentunya fasa yang sukar bukan sekadar ketika pandemik, tetapi juga fasa peralihan pandemik kepada endemik.
Ramai rakyat Malaysia yang ingin memulakan hidup baru selepas berhempas pulas sepanjang dua tahun kebelakangan ini. Ada yang diberhentikan kerja, ada yang mengalami kerugian dalam perniagaan, tidak kurang juga terapat golongan yang terpaksa menjual harta benda demi meneruskan kehidupan.
JANJI UMNO BERKAITAN PENGELUARAN KWSP RM10,000 SECARA ONE-OFF
Terbaru, Dewan Undangan Negeri Johor dibubarkan. Ini bermakna Pilihan Raya Negeri (PRN) pula perlu diadakan bila bila masa dari sekarang. Rakyat sekali lagi terpaksa untuk memilih pemimpin baharu.
Meninjau ‘news feed’ di media sosial, isu pengeluaran RM10,000 KWSP secara one off semakin luas diutarakan. Rakyat Malaysia membidas parti UMNO yang telah berjanji untuk memudahkan pihak pencarum bagi mengeluarkan wang simpanan mereka tanpa syarat.
Usul tersebut telah dikeluarkan oleh UMNO melalui kenyataan media presiden parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada 4 Disember 2020.
RAKYAT TIDAK UNDI UMNO PILIHAN RAYA AKAN DATANG?
Kini, Perdana Menteri baharu telah dilantik daripada UMNO iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Namun, pengumuman pengeluaran KWSP RM10,000 one-off masih tidak lagi kedengaran. Bahkan, terdapat ura ura bahawa pengeluaran ini tidak akan dilakukan merujuk kepada kenyataan terbaru Menteri Kewangan, Tengku Zafrul.
Persoalannya, adakah ini hanyalah modal politik untuk meraih undi rakyat? Sebelum menerima kuasa mereka menekan keras untuk pengeluaran RM10,000 KWSP secara one-off ini, namun sebaliknya selepas mereka berkuasa.
RAKYAT TERUS DERITA
Pada akhirnya, rakyat juga yang terpaksa menanggung kesengsaraan dan penderitaan kewangan. Orang orang politik akan kekal begitu.
Aqasya is the dedicated author behind www.mingguankerja.my, the go-to platform for comprehensive coverage of job vacancies and pressing current issues in Malaysia. With a knack for delivering informative and insightful content, Aqasya keeps the Malaysian audience well-informed and connected to employment opportunities and local affairs.