RASMI : Senarai Penuh Jawatan Kosong Personel MyStep ~ Pengambilan Tahun 2024

Kongsikan Artikel Ini

Personel MyStep – Inisiatif ‘Malaysia Short-term Employment Programme’ atau MySTEP akan diteruskan bagi tahun 2024 dengan menawarkan menawarkan lebih banyak peluang kerjaya secara kontrak dalam sektor awam dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Sukacita dimaklumkan bermula tahun 2024, pencari kerja boleh memohon jawatan yang ditawarkan oleh Kementerian dan Agensi Kerajaan dibawah program My Short Term Employment Programme (MySTEP) secara eksklusif di Portal MYFutureJobs!

MyStep AI
RASMI : Senarai Penuh Jawatan Kosong Personel MyStep ~ Pengambilan Tahun 2024 5

Berikut dikongsikan maklumat terkini dan info lebih lanjut tentang Program MySTEP yang diteruskan bagi tahun 2024.

Pengenalan Personel MySTEP

Malaysia Short-Term Employment Programme (MySTEP) merupakan inisiatif Kerajaan yang menyediakan peluang pekerjaan jangka pendek (kontrak) di pelbagai Kementerian, Agensi Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dan Rakan Strategik.

Inisiatif MySTEP ini disediakan khusus buat warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas daripada pelbagai latar belakang akademik dalam usaha Kerajaan membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan memberi pengalaman kerja bagi meningkatkan kebolehpasaran pekerja di Malaysia.

Secara keseluruhannya, pada tahun 2021 MySTEP telah berjaya mencatatkan jumlah penyertaan sebanyak 64,921 yang mana telah melebihi jumlah sasaran asal sebanyak 50,000 penempatan pekerjaan.

Bagi tahun 2022 pula, MySTEP mensasarkan sebanyak 80,000 peluang penempatan pekerjaan.

Melihat kepada kejayaan program ini pada tahun-tahun sebelumnya, inisiatif ini diteruskan seperti yang telah diumumkan dalam RUU Perbelanjaan Sementara 2023.

Pada tahun ini, MySTEP diteruskan dengan menawarkan 50,000 peluang penempatan pekerjaan yang meliputi 15,000 penempatan di Sektor Awam dan 35,000 penempatan di GLC / GLIC dan Rakan Strategik.

Kerajaan berharap menerusi kesinambungan kepada inisiatif ini akan terus memberi manfaat khususnya kepada rakyat Malaysia dalam penempatan pekerjaan yang seterusnya akan mencapai hasrat Kerajaan untuk berada pada kadar guna tenaga penuh dan mengurangkan kadar pengangguran negara.

Berkuatkuasa mulai tahun 2024, permohonan MySTEP dilaksanakan sepenuhnya melalui MYFutureJobs.

Daftar MYFutureJobs dan mohon jawatan MyStep di Kementerian dan Agensi Kerajaan seluruh Malaysia.

jawatan kosong personel mystep
RASMI : Senarai Penuh Jawatan Kosong Personel MyStep ~ Pengambilan Tahun 2024 6

Senarai Penuh Jawatan Kosong Personel MyStep Tahun 2024

Di sini kami kumpulkan senarai jawatan Personel Mystep di seluruh Malaysia. Sumber adalah pelbagai. Selain mystep, kami akan kumpulkan juga Internship dan Pekerja Sambilan Harian (jika ada).

*Perhatian : Sila klik pada senarai jawatan kosong atau nama jabatan di bawah untuk mohon. Bagi pengguna mobile sekiranya paparan di atas tidak penuh, sila swipe table di atas ke kiri untuk melihat paparan penuh.
**Jika semasa anda klik pada link di bawah, (contoh sumber adalah daripada myfuturejobs, tetapi tidak dapat masuk, korang hanya perlu masuk ke website candidates.myfuturejobs.gov.my dan masukkan kata kunci/search nama syarikat atau jabatan yang korang ingin mohon. (maaf atas kesulitan)
Nama Syarikat / JabatanNama JawatanTarikh Tutup
PEJABAT KPDN MELAKAPERSONEL MySTEP SETARA SPM (SEKSYEN PPDN-JR)17 JULAI 2024
TOURISM MALAYSIAPERSONEL MYSTEP (KELAYAKAN DIPLOMA)(KLIA, JOHOR, PENANG & KEDAH)19 JULAI 2024
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARAPEGAWAI EKSEKUTIF (PERSONEL MySTEP / N29) UITM09 OGOS 2024
KEMENTERIAN PELABURAN, PERDAGANGAN DAN INDUSTRIPEGAWAI EKSEKUTIF MySTEP (BAHAGIAN PENTADBIRAN) & PEGAWAI EKSEKUTIF MySTEP N41 (SKPI)17 & 20 JULAI 2024
JABATAN IMIGRESEN MALAYSIAPENOLONG PEGAWAI TADBIR N2915 JULAI 2024
JABATAN PENDAFTARAN PERTUBUHAN MALAYSIA (JPPM)PEMBANTU TADBIR (PERSONEL MySTEP)23 JULAI 2024
JABATAN AUDIT NEGARAPEGAWAI TADBIR (PEREKA), JURUGAMBAR18 & 19 JULAI 2024
MAJLIS SUKAN NEGARA (MSN)PEMBANTU AWAM (MySTEP)15 JULAI 2024
JABATAN KERJA RAYA (JKR)PELUKIS PELAN (MySTEP)29 JULAI 2024
ANGKATAN PERTAHANAN AWAMPERSONEL MYSTEP (LEPASAN DIPLOMA)31 JULAI 2024
PEJABAT PEMBANGUNAN UNIT PERLISPERSONAL MYSTEP (PEMBANCI, PEMBANTU TEKNOLOGI MAKLUMAT, PENOLONG JURUTERA)17 JULAI 2024
KEMENTERIAN PELABURAN, PERDAGANGAN DAN INDUSTRIPEGAWAI EKSEKUTIF MySTEP N41 (SKPI, BAHAGIAN PENTADBIRAN, MTPN)20 JULAI 2024
PEJABAT SETIAUSAHA SELANGORPEMBANTU TADBIR GRED N19 ( MySTEP) JAPESS, PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N29 ( MySTEP) & PEMBANTU TADBIR GRED N19 ( MySTEP)02 – 09 OGOS 2024
JABATAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (MAQIS)MYSTEP08 OGOS 2024
JABATAN PERANGKAAN MALAYSIAMySTEP E29 BAHAGIAN INTEGRASI DAN PENGURUSAN DATA, DOSM08 OGOS 2024
AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA (MQA)PERSONEL MySTEP (16 KEKOSONGAN)08 OGOS 2024
MAHKAMAH NEGERI KELANTANJURUBAHASA15 JULAI 2024
JABATAN KESIHATAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR DAN PUTRAJAYAMySTEP PK LEMBAH PANTAI – UNIT VEKTOR & MySTEP (PKLP) PEMBANTU TADBIR (P/O)20 JULAI 2024
PEJABAT PEMBANGUNAN WANITA PERSONEL MySTEP02 OGOS 2024
PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGORPENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N29 ( MYSTEP), PEMBANTU TADBIR GRED N19 ( MYSTEP)02 OGOS 2024
INSTITUT KESIHATAN NEGARA (NIH)PERSONEL MySTEP02 OGOS 2024
*Kemaskini 15/07/2024

Mohon Juga :


Kongsikan Artikel Ini