Kadar Bayaran Hilang MyKad Terkini ~ Cara Mohon Ganti MyKad Hilang

Kongsikan Artikel Ini

kad%2Bpengenalan

Group%2BWhatsapp%2BInfo%2BBantuan%2BKerajaan

Sekiranya anda kehilangan atau kad pengenalan anda rosak, anda perlu segera untuk membuat kad pengenalan baharu. Sekiranya anda tidak bertindak segera, anda boleh untuk didenda.


Kami kongsikan kepada anda maklumat tentang permohonan gantian rosak kad pengenalan.





Penjelasan Permohonan

Mengikut Peraturan 13, Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990(Pindaan 2007) setiap orang yang kad pengenalannya rosak atau musnah hendaklah dengan segera memohon kad pengenalan gantian.

Syarat Permohonan

Pemohon mestilah hadir di mana-mana kaunter JPN; atau
Memohon gantian kad pengenalan hilang secara atas talian seperti berikut:

  • Portal www.jpn.gov.my melalui aplikasi “Sistem Gantian MyKad”; atau
  • Perkhidmatan Phone-in di talian 03-88808066
  • (bagi permohonan yang tidak melibatkan pertukaran gambar atau maklumat untuk pemohon yang bertaraf Warganegara.)

Prosedur Permohonan

Pemohon dikehendaki datang ke Kaunter JPN dan membawa dokumen yang perlu dikemukakan (asal).

Dokumen Yang Perlu Dikemukakan

Dokumen Pemohon (Asal)

Kad Pengenalan pemohon yang rosak semasa permohonan dibuat di kaunter; atau semasa pengambilan Kad Pengenalan baru bagi urusan permohonan melalui portal atau telefon.


Dokumen Sokongan

Bagi pertukaran alamat, perlu mengemukakan Bil elektrik /bil air / bil pembentungan / bil utiliti / cukai pintu / cukai taksiran / borang taksiran cukai pendapatan/ perjanjian jual beli rumah/ perjanjian atau resit sewa rumah / dokumen sokongan dari Penghulu/ Ketua Kampung/ Tuai Rumah / ADUN / Ahli Parlimen / Majikan/ Angkatan Tentera Malaysia (ATM) atau lain-lain dokumen seumpamanya. (ASAL ATAU SALINAN YANG DISAHKAN)

Bayaran/Fi Proses

Makluman: Bagi permohonan melalui aplikasi “Sistem Gantian MyKad” di portal JPN bayaran hanya menggunakan kad kredit sahaja.

  • Warganegara : RM10.00
  • Bukan Warganegara : RM40.00
  • Permohonan gantian Kad Pengenalan rosak dalam tempoh 12 bulan dari tarikh serahan kad yang rosak tersebut adalah PERCUMA.
  • Bayaran permohonan gantian Kad Pengenalan rosak melalui laman web diterima melalui kredit sahaja.
  • Pengembalian wang tidak akan dipertimbangkan bagi permohonan gantian Kad Pengenalan rosak yang telah diproses oleh Bahagian Kad Pengenalan.
kad%2Bpengenalan

Maklumat Lanjut

kad%2Bpengenalan

Anda boleh layari laman web rasmi jpn.gov.my untuk sebarang pertanyaan lanjut.


Kongsikan Artikel Ini