Pengumuman penting bagi penerima BKC, kini anda boleh membuat kemaskini akaun bank bagi yang bestatus gagal kredit dan tiada maklumat akan bank untuk memudahkan proses pembayaran pada fasa seterusnya.
Perkara ini telah dimaklumkan melalui laman sosial Facebook LHDN.
Tarikh Kemaskini
Pengemaskinian akaun telah mula dibuka pada 7 Oktober 2021 sehingga 21 Oktober 2021.
Siapa Yang Perlu Kemaskini?
Mereka yang perlu kemaskini maklumat BKC adalah mereka yang berstatus:
- Status Gagal Kredit
- Tiada Maklumat Akaun Bank
Semakan Status BKC
Sebelum anda mengemaskini akaun, anda boleh semak dahulu status BKC bagi memastikan maklumat akaun anda lengkap atau perlu dikemaskini kerana Gagal Kredit atau Tiada Maklumat Akaun.
- Berikut dikongsikan cara untuk membuat semakan status BKC:
- Buka laman web BKC di https://bkc.hasil.gov.my/SemakanStatusBKC.aspx?
- Log masuk menggunakan ID dan kata laluan yang didaftarkan
- Rujuk bahagian menu semakan untuk melihat status pembayaran.
____________________________________________________________________
Anda mungkin berminat pada artikel ini____________________________________________________________________
Cara Membuat Kemaskini Akaun Bank BKC
Berikut dikongsikan cara untuk membuat kemaskini akaun bank. Pengemaskinian akaun boleh dibuat melalui online ataupun secara manual.
- Untuk membuat kemaskini secara online:
- Buka laman web BKC di https://bkc.hasil.gov.my/SemakanStatusBKC.aspx?
- Log masuk menggunakan ID dan kata laluan yang didaftarkan
- Tekan butang Kemaskini Maklumat Akaun Bank untuk membuat kemaskini.
Maklumat Lanjut
Maklumat terperinci berkaitan BKC, anda boleh rujuk DI SINI. Atau anda boleh hubungi talian 1 800 88 2747
Aqasya is the dedicated author behind www.mingguankerja.my, the go-to platform for comprehensive coverage of job vacancies and pressing current issues in Malaysia. With a knack for delivering informative and insightful content, Aqasya keeps the Malaysian audience well-informed and connected to employment opportunities and local affairs.