KWSP 10K: Anwar Ibrahim Gesa Pengeluaran Segera Simpanan KWSP

Kongsikan Artikel Ini

AVvXsEjkc60dB0yJspH84aqP5XU 5f 6O6R2YbMmj3Ce0gyWP86ZQ mZc1eCULpoRSmMcaUPcdukSvdZeIJOuKVioCocnVc8VwNOHe190R8WgPtE4t3D1O8 gRnVjf1B6L8F5pvBB7HkKUvlwF60PRhRK3t3M1kg Lk9SF0mBD70gaMCbteipNG0faeDJLa6wg=s16000


KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa agar kerajaan membenarkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memandangkan rakyat kini semakin terdesak dan tertekan.

BENARKAN PENGELUARAN KWSP PADA KADAR SEGERA



Dalam satu kenyataan pada Rabu, Anwar yang juga Presiden PKR menjelaskan pengeluaran KWSP itu perlu dibenarkan pada kadar segera tanpa ada apa-apa halangan dan kerenah birokrasi.

Malah tegas Ahli Parlimen Port Dickson itu, kerajaan juga perlu mengambil kira nasib golongan rakyat yang tidak mencarum.


TENGKU ZAFRUL TIDAK PEDULI DESAKAN INI

Beliau juga menjelaskan, sebelum ini agak keberatan untuk mendukung langkah tersebut kerana ia akan memberi kesan kepada simpanan rakyat biarpun langkah yang diambilnya tdak popular.



“Saya turut meletakkan syarat kepada kerajaan saat itu untuk menampung kerugian yang dialami rakyat akibat banjir sekiranya kerajaan enggan untuk membenarkan pengeluaran KWSP.

“Namun, setelah berbulan berlalu, nampaknya kerajaan dan Menteri Kewangan Tengku (Datuk Seri) Zafrul (Tengku Abdul Aziz) tidak mempedulikan desakan ini. Bilangan rakyat yang mengeluh kepada saya terus meningkat.

DENGAR KELUHAN RAKYAT YANG TERDESAK

“Dan saya terus mendengar keluhan di kalangan rakyat yang hari ini berada dalam keadaan yang amat terdesak dan menekan, terutamanya dalam jelajah saya di seluruh Johor yang sedang berlangsung,” katanya.



Anwar menjelaskan gesaan itu dibuat setelah mengambil maklum desakan di kalangan rakyat yang mahu kerajaan membenarkan pengeluaran KWSP.

Disember lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan kerajaan tidak berhasrat meluluskan pengeluaran wang daripada KWSP yang berjumlah RM10,000 biarpun ada permintaan agar ia dipertimbangkan bagi tujuan meringankan beban mangsa banjir yang terjejas.


KERAJAAN BIMBANG SIMPANAN PENCARUM?

Ismail Sabri berkata, ini kerana kerajaan telah memperuntukkan dana serta mengumumkan bantuan yang mencukupi bagi membantu mangsa banjir yang terjejas di seluruh negara pada ketika ini.



Menurutnya, kerajaan bimbang dengan jumlah baki simpanan dalam akaun pencarum KWSP susulan dua kali pengeluaran menerusi i-Sinar dan i-Citra, akan ada yang berisiko menjadi miskin tegar selepas bersara.



Kongsikan Artikel Ini