KWSP Pertimbangkan Cadangan Tambah Baik i-Sinar

Kongsikan Artikel Ini

KWSP%2BPertimbangkan%2BCadangan%2BTambah%2BBaik%2Bi Sinar

Telegram%2BJawatanKosong11%2B%25282%2529

KWSP Pertimbangkan Cadangan Penambahbaikan Syarat Kemudahan i-Sinar
KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan mempertimbang cadangan penambahbaikan terhadap syarat ditetapkan menerusi kemudahan i-Sinar.



KWSP dalam satu kenyataan hari ini berkata, setiap perubahan dasar dan penambahbaikan kemudahan itu akan dibentangkan kepada ahli lembaganya untuk kelulusan sebelum dibawa kepada Kementerian Kewangan.

KWSP Ambil Berat Terhadap Permintaan Dan Cadangan Pihak Berkepentingan
“KWSP merujuk pelbagai laporan media mengenai permohonan untuk memansuhkan semua kriteria dan syarat ditetapkan di bawah kemudahan i-Sinar.
“Kita sentiasa mengambil berat terhadap setiap permintaan dan cadangan daripada pihak berkepentingan.
“KWSP mengalu-alukan sebarang maklum balas mengenai i-Sinar, namun buat masa ini tiada sebarang perubahan terhadap kriteria semasa i-Sinar,” katanya.
Dijangka 8 Juta Ahli KWSP Layak Memohon Di Bawah Kategori 1
Menurut kenyataan itu, sebahagian besar daripada lapan juta ahli KWSP dijangka layak memohon di bawah Kategori 1 dan diberi kelulusan secara automatik tanpa memerlukan sebarang dokumen sokongan.
“Permohonan dalam talian akan bermula 21 Disember ini dan pembayaran akan dibuat pada pertengahan Januari 2021,” katanya.
Sebelum ini, media melaporkan kriteria kelayakan bagi Kategori 1 membabitkan ahli yang bekerja di sektor formal, bekerja sendiri, bekerja di dalam sektor ekonomi gig, yang sudah lama tidak mencarum, yang hilang pekerjaan, suri rumah atau yang diberi notis cuti tanpa gaji.
Kriteria Bagi Kategori 1 Dan Kategori 2 KWSP
Kriteria bagi Kategori 1 itu ialah ahli yang tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya selama dua bulan berturut-turut semasa permohonan atau ahli yang masih bekerja tetapi sudah mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30 peratus dan ke atas, selepas 1 Mac 2020.
Bagi Kategori 2 pula, untuk ahli yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30 peratus dan ke atas (termasuk pengurangan gaji dan elaun, atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa) selepas 1 Mac 2020, dan pengurangan itu hanya boleh dikenal pasti melalui dokumen diberikan.
Sumber: Bharian.com

Kongsikan Artikel Ini