Kerajaan secara rasmi telah mengumumkan pengeluaran khas KWSP sehingga RM10,000 untuk kali terakhir. Ahli yang berniat untuk melakukan pengeluaran ini perlu melakukan perancangan yang baik dalam usaha memudahkan proses pengeluaran. Ini termasuklah dalam membuat temu janji di kaunter KWSP lokasi masing-masing.
Masih ramai daripada ahli KWSP yang tidak tahu cara yang betul untuk membuat janji temu di Kaunter KWSP. Untuk pengetahuan anda, buat masa sekarang, sekiranya anda mempunyai sebarang urusan penting di Kaunter KWSP, anda boleh membuat janji temu secara online atau terus ‘walk in’ ke kaunter KWSP cawangan anda.
Ahli KWSP yang ‘walk in’ atau membuat janji temu online semestinya dibenarkan untuk berurusan di bahagian perkhidmatan kaunter.
Kami di Mingguankerja akan berkongsi kepada anda cara untuk membuat janji temu di kaunter KWSP dengan cara yang mudah dan betul.
Mengapa Perlu Membuat Janji Temu Online Sebelum Berurusan di Kaunter?
Antara sebab utama wajib untuk membuat janji temu online sebelum berurusan di kaunter KWSP ialah untuk mempermudahkan dan melancarkan urusan.
Tambahan pula dengan penularan pandemik, cara janji temu ini akan dapat mengelakkan kesesakan daripada orang ramai menyerbu kaunter cawangan KWSP pada satu satu masa.
Urusan di kaunter KWSP akan lebih mudah dan teratur dari segi urusan harian.
Cara Buat Temu Janji Online Kaunter KWSP
- Layari portal laman web rasmi KWSP https://www.kwsp.gov.my/home.
- Kemudian pergi ke bahagian atas ‘Hubungi Kami’ dan tekan ‘Janji Temu Online’.
- Atau anda boleh tekan sahaja pautan ini https://www.kwsp.gov.my/ms/janjitemu untuk terus ke bahagian janji temu online
- Kemudian pilih ‘Negeri’ dan ‘cawangan’ kawasan daerah anda.
- Seterusnya pilih jenis berurusan di kaunter KWSP untuk urusan apa. Contohnya anda ingin berurusan ‘pengeluaran i-sinar’.
- Pilih tarikh berurusan. Hanya tarikh yang berwarna hitam sahaja yang mempunyai kekosongan janji temu.
- Kemudian, pilih slot jam berapa anda hendak berurusan.
- Isi maklumat peribadi.
- Pastikan semua kotak ditandakan.
- Baca dan fahami perakuan pemohon.
- Tekan buat janji temu.
- Status permohonan akan dipaparkan
- Anda akan menerima notis pengesahan permohonan melalui e-mail dan sms sebagai peringatan.
Info Terkini Pengeluaran Khas KWSP RM10,000
Waktu Operasi Kaunter KWSP
- Kaunter
- 8:30 pagi sehingga 4:30 petang pada hari bekerja sahaja.
- Khidmat Nasihat Perasaan (RAS)
- 9:00 pagi sehingga 4:00 petang pada hari bekerja sahaja.
Nota Tambahan: Anda mesti buat Temujanji Selewat-Lewatnya 1 Jam Sebelum berurusan di Kaunter KWSP.
Anda boleh untuk membuat permohonan janji temu seawal 30 hari sebelum waktu berurusan atau selewat-lewatnya 1 jam sebelum masa temu janji.
Tapi anda perlu tahu, janji temu ini bergantung kepada slot kekosongan pada tarikh dan waktu yang anda mohon.
Maklumat Lanjut
Hubungi KWSP untuk sebarang pertanyaan seperti berikut:
- Telefon
- 03 – 8922 6000
- Faks
- 03 – 8922 6222
Masa Operasi: Isnin – Jumaat 8.00 Pagi ke 5.00 Petang
(Kecuali pada Sabtu, Ahad, Hari Kelepasan AM Persekutuan dan Hari Kelepasan Selangor)
Aqasya is the dedicated author behind www.mingguankerja.my, the go-to platform for comprehensive coverage of job vacancies and pressing current issues in Malaysia. With a knack for delivering informative and insightful content, Aqasya keeps the Malaysian audience well-informed and connected to employment opportunities and local affairs.