KWSP RM500 sebulan: “Nak bayar bil, pergi pasar pun tak cukup”

Kongsikan Artikel Ini

KWSP%2BRM500%2BTAK%2BCUKUP%2B%25281%2529

KEMUDAHAN pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui Akaun 1 secara bersasar sebanyak RM500 sebulan dengan jumlah sehingga RM6,000 untuk 12 bulan dalam Bajet 2021 mendapat banyak rungutan dari rakyat.

Antara rungutan dan keluhan rakyat, dengan RM500 itu untuk berbelanja di pasar dan membayar bil pun tidak cukup dengan jumlah berkenaan.


RAKYAT MAHU PENGELUARAN KWSP RM10,000



Apa yang diharapkan oleh rakyat adalah pengeluaran simpanan KWSP melalui Akaun 1 secara ‘one off’ sebanyak RM10,000 atau RM5,000.

Jika tidak secara ‘one off’, pengeluaran sewajarnya dibenarkan sekurang-kurangnya sebanyak RM2,000 sebulan untuk tempoh masa selama lima bulan, ia memadai untuk membantu kebajikan rakyat.


RM500%2BTAKCUKUP%2B1


Dengan pengeluran RM500 seperti diumumkan dalam Bajet 2021 itu, ia mungkin sekadar ‘cukup makan’ dan tidak membantu rakyat yang begitu terkesan ekoran penularan pandemik COVID-19.

Lebih mengecewakan rakyat, kemudahan yang tidak seberapa itu dilakukan pula secara bersasar hanya untuk mereka yang hilang pekerjaan.

Saya mengambil petikkan apa yang diperkatakan oleh YAB Perdana menteri dalam artikel.

“Sebahagian besar pencarum simpanan tidak banyak, sekitar RM5,000 hingga RM10,000, jadi harus diperhalusi corak pengeluaran ini”.


“Jadinya, kita buat keputusan secara bersasar,” katanya menerusi siaran eksklusif bersama Perdana Menteri, malam tadi.

Bagaimana pula dengan mereka yang bekerja atau berniaga namun menghadapi kesempitan hidup berikutan pandemik COVID-19?

RM500%2BTAKCUKUP%2B2

Jika apa yang dikatakan oleh YAB Perdana Menteri sepatutnya dan sewajarnya beliau melihat skop yang lebih besar, iaitu membuka permohonan kepada semua pencarum untuk mengeluarkan secara bersasar dengan pilihan mereka sama ada RM1,000 ataupun RM2,000 sebulan.


RM500%2BTAKCUKUP%2B3


Bagi kami golongan M40, pengeluaran KWSP Akaun 1 itu paling diharapkan dalam Bajet 2021 namun perkara itu tidak menjadi kenyataan.

PERMOHONAN MORATORIUM AUTOMATIK 6 BULAN

Kerajan seharusnya membantu rakyat dengan mengurangkan tekanan sara hidup ketika krisis ekonomi dengan memastikan kitarannya berlaku.

Pemberian moratorium bukan sahaja mengurangkan bebanan sara hidup, tetapi dapat memastikan rakyat berbelanja sekaligus dapat menggerakkan ekonomi negara.


Tetapi, rakyat sekali lagi kecewa apabila tiada pemberian moratorium secara automatik seperti yang diberikan pada April hingga September 2020 diumumkan dalam Bajet 2021.

Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor berharap kerajaan dapat mempertimbangkan kembali perkara ini sekurang-kurangnya memberi tiga bulan moratorium secara automatik kepada rakyat.

ADAKAH BAJET 2021 BAJET RAKYAT?

Jika dikatakan Bajet 2021 sebagai ‘bajet rakyat, Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor berpendapAt ia bukan seperti digambarkan.

Saya ambil contoh peneroka Felda, yang akan menerima manfaat dari penghapusan faedah hutang bukanlah semua peneroka.

Dalam aspek pelancongan, apa inisiatif kerajaan untuk membantu pemain industri pelancongan? Merekalah yang terjejas teruk ekoran Covid-19.

Golongan mahasiswa pun tiada inisiatif dilaksanakan kerajaan kepada mereka. Tiada pengumuman semula skim MyBrain, Bantuan Khas Prihatin, Kad Prihatin Siswa, baucar buku serta insentif pelajar yang menyewa luar kampus.

Saya juga agak terkejut apabila peruntukkan RM81juta diberikan kepada JASA? Mohon menteri berikan penjelasan yang jelas kepada rakyat.

Secara rumusannnya, Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor tetap berterima kasih kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) kerana meneruskan kesinambungan idea semasa pemeritahan BN.

Kita berpandangan, program-program ‘reskilling’ dan ‘upskilling bukan sesuai untuk dilaksanakan sewaktu negara berdepan pandemik COVID-19.

Apa yang seharusnya diutamakan adalah memperbanyakkan bantuan kepada rakyat untuk meningkatkan, memulih ekonomi negara.

Putaran dan kitaran ekonomi sepatutnya menjadi agenda utama rakyat dalam saat ini.

Walaupun digahkan dengan peruntukan terbesar dalam sejarah negara sebanyak RM322.5 bilion, tetapi tidak bermakna jika rakyat tidak dibela kebajikan mereka secara keseluruhannya.

Jangan ada agenda ataupun sesuatu yang tersembunyi di sebalik bajet terbesar itu.

Mohd Hairi Mad Shah
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor


Kongsikan Artikel Ini

1 thought on “KWSP RM500 sebulan: “Nak bayar bil, pergi pasar pun tak cukup””

Comments are closed.