Laptop & Tablet Percuma Pelajar Sekolah B40 2021

Kongsikan Artikel Ini

Group%2BWhatsapp%2BInfo%2BBantuan%2BKerajaan

Menerusi Belanjawan 2021 yang dibentangkan di Dewan Rakyat, kerajaan ada mengumumkan sumbangan sebanyak RM150 Juta ke dalam Tabung CERDIK oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) bagi pemberian komputer riba kepada 150 ribu murid di 500 sekolah sebagai projek rintis yang diselia oleh Yayasan Hasanah



Tujuan Utama bantuan

Inisiatif CERDIK ini sebenarnya bertujuan untuk menyediakan akses digital seperti tablet, penyambungan data dan komputer riba kepada pelajar dari keluarga yang mempunyai pendapatan rendah atau B40 yang akan dilancarkan bermula Februari ini.

Sebenarnya usaha ini merupakan salah satu langkah bagi membantu pelajar dari keluarga berpendapatan rendah untuk membiasakan diri mereka dengan norma baharu bagi pembelajaran dalam talian, e-pembelajaran dan pengajaran di luar kelas.

150%2Bribu%2Blaptop


Tarikh Pemberian Bantuan

Pihak Yayasan Hasanah dengan kerjasama rapat KPM dalam memastikan pelaksanannya telah memutuskan pengagihan peranti akan bermula pada:

  • Bulan Februari

Siapa Yang Layak Dapat Bantuan Ini?

Bagi pemilihan pelajar dan sekolah yang terlibat dengan CERDIK akan ditentukan oleh Kementerian pendidikan Malaysia (KPM).

Apa Syarikat Yang Bekerjasama?

Inisiatif ini sebenarnya membabitkan sumbangan berjumlah RM150 juta daripada 13 syarikat pelaburan seperti syarikat  Khazanah Nasional Bhd (Khazanah), Permodalan Nasional Berhad (PNB), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)  dan PETRONAS. 

Kenyataan Rasmi Bantuan Laptop Pelajar Oleh Yayasan Hasanah

yayasan hasanah tabung cerdik

Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan bantuan laptop pelajar 2021 ini, anda bolehlah melayari laman web Yayasan Hasanah iaitu www.yayasanhasanah.org.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita semua. 


Kongsikan Artikel Ini