Malas Untuk Menaip? Nak Jimatkan Masa? ~ Kami Kongsikan Cara Mudah Menaip Di Google Docs Dengan Suara!

Kongsikan Artikel Ini

google%2Bdocs

Tahukah anda, anda sebenarnya boleh untuk menggunakan suara anda untuk menaip? Pasti anda terkejut bukan? Jika dulu dan kini ramai orang yang menaip menggunakan papan kekunci. Tapi, sebenarnya anda juga boleh untuk menaip menggunakan suara anda.



Google telah pun memperkenalkan fungsi ini bermula pada tahun 2016. Dengan menggunakan Google Docs. 
google%2Bdocuments


Menerusi perkongsian Maisara Mohd Fauzi di akaun facebooknya, beliau berkongsi cara untuk menggunakan google docs ini. Jom kita tengok cara menggunakan google docs ini.

1. Buka Google Document 
Penggunaan Google DOcs ini sama saja seperti Microsoft Word cuma ianya akan disimpan secara cloud. Anda sebenarnya boleh save dan export fail Google Docs ini kemudiannya kepada Microsoft Word, PDF dan sebagainya. Anda boleh login masuk ke Google Docs ini dengan menggunakan gmail anda sahaja. 

2. Pilih Tools Dan Voice Typing
Seterusnya, anda hanya perlu memilih tools dan pilih ‘Voice Typing’
microsoft%2Bdocument%2B1

3. Bersuara Untuk Menaip
Seterusnya, akan muncul simbol voice seperti dalam gambar di bawah ini. Apa yang perlu lakukan adalah memilih pilihan bahasa iaitu ‘Bahasa melayu’. Tekan simbol voice dan kemudian anda boleh sudah memulakan rakaman menaip dengan menggunakan suara anda. 
microsoft%2Bdocument%2B2
Kesimpulannya, fungsi ini tidaklah tepat 100%. Tapi, boleh sahaja digunakan untuk anda menaip dan menjimatkan masa anda dalam membuat sesuatu kerja bertaip. Terdapat beberapa sebutan yang boleh dan berjaya dengan baik. 

Anda boleh lihat contoh menerusi video Youtube ini: Klik Di Sini

Semoga perkongsian ini bemanafaat untuk anda menyiapkan tugasan bertaip dengan tempoh masa yang singkat! Terutamanya golongan pelajar yang memerlukan fungsi ini untuk menyiapkan tugasan bertaip di universiti. 


Kongsikan Artikel Ini