MAPPA 2024: Live Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam

Kongsikan Artikel Ini

MAPPA 2024: Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam bertarikh 16 Ogos 2024 di Putrajaya International Convention Centre (PICC).

Hari ini merupakan hari yang dinanti-nantikan oleh 1.7 juta penjawat awam untuk sama-sama menyaksikan MAPPA Ke-19 Tahun 2024 pada 16 Ogos 2024 (Jumaat) pukul 8.00 pagi sekaligus mendengar amanat khas Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim di PICC, Putrajaya.

Rakyat Malaysia boleh menonton MAPPA ke-19 secara langsung melalui siaran FB LIVE Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Baca Juga : Lirik MADANI Jiwa Merdeka – Lagu Tema Merdeka 2024

Apa Itu Majlis Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA)?

MAPPA atau pun akronim kepada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam merupakan sebuah acara tahunan yang ditunggu-tunggu oleh sekitar 1.7 juta penjawat awam di Malaysia sejak tahun 2000.

Bagi edisi ke-19 tahun 2024, MAPPA bakal diadakan dengan penuh iltizam, semangat dan harapan baru untuk sektor perkhidmatan awam negara.

Berikut dikongsikan maklumat lebih lanjut mengenainya.

Apa itu MAPPA 2024
MAPPA 2024: Live Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam 7

MAPPA merupakan singkatan atau akronim kepada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam.

MAPPA mula diperkenalkan pada awal tahun 2000 sebagai salah satu medium untuk seluruh penjawat awam mengamati aspirasi dan hasrat pucuk pimpinan tertinggi negara melalui pidato atau amanat khas yang disampaikan oleh YAB Perdana Menteri.

Baca Juga : MyPDPP – Cara Mohon Calon Guru PDPP Tahun 2024

Bagi tahun 2024, hasrat tersebut disampaikan melalui pidato atau amanat khas yang bakal disampaikan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim.

Sepanjang dua dekad membawa iltizam penjawat awam, MAPPA telah memainkan peranan penting dalam:

  • Menyampaikan visi dan misi kerajaan terhadap penjawat awam
  • Mengumumkan dasar-dasar baru yang akan memberi implikasi kepada perkhidmatan awam
  • Mengiktiraf pencapaian cemerlang penjawat awam
  • Memperkukuh semangat dan motivasi dalam kalangan penjawat awam

Objektif MAPPA 2024

Objektif MAPPA 2024
MAPPA 2024: Live Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam 8

MAPPA dianjurkan dengan tujuan:

  1. Menyediakan medium perkongsian misi serta agenda Malaysia MADANI oleh YAB Perdana Menteri bersama-sama penjawat awam bagi mendepani pelbagai cabaran dan rintangan semasa negara.
  2. Menyediakan peluang kepada seluruh penjawat awam bagi mengamati hasrat terkini pucuk pimpinan tertinggi negara dalam memenuhi jangkauan rakyat yang semakin meningkat.
  3. Membangkitkan motivasi positif penjawat awam untuk berusaha bersungguh-sungguh dalam aspek kerjaya demi kelangsungan agenda Malaysia MADANI.
  4. Memperkuat hubungan simbiotik di antara anggota pentadbiran dan penjawat awam agar upaya untuk memacu negara dapat mencapai aspirasi yang dihasratkan.

Baca Juga : Gaji Perdana Menteri, Ketua Menteri di Malaysia 2024

Tarikh, Masa & Lokasi MAPPA 2024

Majlis Perdana Perkhidmatan Awam ke-19 akan berlangsung pada 16 Ogos 2024 (Jumaat) bertempat di Putrajaya International Convention Centre (PICC).

Masa bermula pada jam 8 pagi sehingga 12 tengahari.

MAPPA 2024 merupakan edisi ke-19 yang diadakan dan bakal menyaksikan kehadiran ribuan penjawat awam dari variasi skim perkhidmatan, wakil Kesatuan Sekerja, wakil pesara secara fizikal bahkan delegasi dalam talian.

Tema MAPPA 2024

Perkhidmatan Awam MADANI” kali ini diangkat sebagai tema bersempena dengan Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-19 (MAPPA XIX).

Tema ini memberi cerminan terhadap aspirasi untuk membentuk perkhidmatan awam yang mampan, berdaya tahan, berintegriti, adaptif terhadap perubahan, dinamik dalam menghadapi cabaran, inklusif untuk semua lapisan masyarakat dan nekad dalam mencapai kecemerlangan.

Tema MAPPA 2024
MAPPA 2024: Live Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam 9

Jangkaan Berita Baik MAPPA ke-19

MAPPA ke-19 ini bukan sahaja menjadi tumpuan utama penjawat awam, akan tetapi meliputi seluruh rakyat Malaysia.

Baca Juga : Jadual Tarikh Bayaran STR Fasa 3 Bulan Ogos 2024

Berikut adalah beberapa jangkaan perkara baik yang akan diumumkan semasa MAPPA 2024:

1- Pengumuman Kenaikan Gaji

    Salah satu pengumuman istimewa yang paling dinantikan dalam MAPPA 2024 ini adalah berkaitan pengumuman kenaikan gaji penjawat awam.

    Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberikan gambaran awal bahawa perincian dan kadar baru kenaikan gaji akan diumumkan dalam majlis ini.

    Berikut adalah fakta penting berkaitan pengumuman ini:

    • Jangkaan kenaikan gaji melebihi 13 peratus
    • Berita gembira melibatkan kira-kira 1.7 juta penjawat awam
    • Kenaikan gaji akan dikuat kuasakan bermula 1 Disember 2024
    • Tahun 2013 merupakan kali terakhir berita kenaikan gaji penjawat awam diumumkan

    Menariknya, pengumuman ini sudah tentu akan memberi implikasi besar terhadap ekonomi negara, kesejahteraan dan kelangsungan penjawat awam.

    2- Inisiatif serta Dasar Baru

      Selain berita istimewa berkait pengumuman kenaikan gaji, MAPPA 2024 juga turut dijangka menjadi medium untuk mengumumkan pelbagai inisiatif serta dasar baru bagi meningkatkan nilai dan keberkesanan perkhidmatan awam.

      Berdasarkan trend MAPPA yang lepas, kita juga mungkin dapat menjangkakan pengumuman berikut:

      • Pembaharuan untuk sistem penilaian prestasi
      • Peningkatan bagi latihan serta pembangunan kerjaya
      • Inisiatif dalam meningkatkan kecekapan dan produktiviti
      • Langkah-langkah ke arah digitalisasi perkhidmatan awam

      Pra Pendaftaran MAPPA 2024

      Pra-pendaftaran secara atas talian bagi MAPPA 2024 boleh dikemukakan melalui pautan berikut: https://www.iemg.intan.my/event/qe33Hik5xrFdLIeN

      Masuk adalah PERCUMA.

      Siaran Langsung [Live] MAPPA 2024

      Berikut dikongsikan pautan siaran langsung (live):

      Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam MAPPA 2024
      MAPPA 2024: Live Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam 10

      Tentatif Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-19

      9.00 AM : Ketibaan Dif-dif Jemputan dan Kenamaan.

      9.15 AM : Ketibaan YB Timbalan-timbalan Menteri.

      9.25 AM : Ketibaan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, YBhg. Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz.

      9.30 AM : Ketibaan Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Dato’ Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

      9.40 AM : Ketibaan YB Ahli Jemaah Menteri.

      9.50 AM : Ketibaan Timbalan Perdana Menteri 1, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi dan Timbalan Perdana Menteri 2, YAB Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof.

      10.00 AM :

      • Ketibaan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim
      • Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Perkhidmatan Awam
      • Ikrar Perkhidmatan Awam
      • Bacaan Doa
      • Persembahan Multimedia Tema MAPPA
      • Amanat khas Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
      • Wacana khas Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
      • Lawatan ke Reruai Pameran

      12.30 PM :

      • Makan tengah hari
      • Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim berangkat meninggalkan majlis
      • YAB Timbalan-Timbalan Perdana Menteri meninggalkan majlis
      • Dif-dif kenamaan dan jemputan meninggalkan majlis
      • Majlis bersurai

      Trivia MAPPA Sesi Lepas

      Berikut merupakan beberapa inisiatif yang telah diumumkan pada MAPPA sesi yang lepas:

      Pertama: Meningkatkan kadar maksimum bagi jumlah cuti rehat yang dapat dikumpulkan bertujuan untuk award wang tunai (GCR) dari tempoh 160 hari ke-180 hari.

      Kedua: Kadar Cuti Rehat Khas Tambahan sebanyak 5 hari sekaligus menjadikan jumlah Cuti Rehat Khas sebanyak 15 hari setahun bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang berkhidmat lebih dari 10 tahun.

      Ketiga: Pengembangan tafsiran keluarga dalam kemudahan Cuti Tanpa Rekod bagi urusan kematian ahli keluarga yang terdekat yakni turut melibatkan adik-beradik, nenek dan datuk untuk anggota perkhidmatan awam.

      Keempat: Penstrukturan pemberian pergerakan gaji tahunan buat pegawai yang sudah mencapai gaji maksimum untuk menambah baik kadar tetap 3 peratus semasa yang telah diterima oleh pegawai yang telah mencapai gaji maksimum kepada satu kadar baharu dan diselaraskan atau diseragamkan mengikut gred bagi semua jenis atau klasifikasi perkhidmatan berkuat kuasa pada 1 Januari 2022.

      Kelima: Bayaran tambahan khas sebanyak RM100 bagi Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) buat semua penjawat awam anatra Gred 11 sehingga Gred 56 dan akan mula dibayar pada Januari 2023.

      Keenam: Bantuan Khas Kewangan (BKK) Tahun 2023 yang bakal dikreditkan kepada anggota perkhidmatan awam Gred 56 ke bawah dengan jumlah RM700 dan RM350 bagi golongan pesara Kerajaan dan veteran tidak berpencen yang telah mula dikreditkan pada Januari 2023.

      Maklumat Lanjut

      Sekiranya terdapat sebarang persoalan, maklumat lanjut atau info terkini, anda boleh menghubungi:

      Jangan lupa ikuti laman rasmi dan media sosial MAPPA 2024 seperti di bawah:

      Laman web: Majlis Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA)
      Facebook: Jabatan Perkhidmatan Awam
      Instagram: @intanbukitkiara


      Kongsikan Artikel Ini