Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah memperkenalkan sebuah bantuan iaitu Bantuan Lesen Keluarga Malaysia (BLKM) yang dikhaskan untuk golongan B40 bagi mendapatkan lesen memandu kelas B2.
Untuk pengetahuan anda, BLKM merupakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) MOT melalui JPJ yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
CSR ini telah dilaksanakan sejak tahun 1990an menerusi Program JPJ Bersama Rakyat sebelum ditukar nama kepada Program Satu Komuniti Satu JPJ dan Program Bantuan Lesen Memandu Prihatin.
Menurut Perdana Menteri, pelaksanaan BLKM dikhaskan untuk golongan B40 dan masyarakat Orang Asli yang mempunyai kesulitan bagi mengikuti kelas di institusi latihan memandu bagi mendapatkan lesen memandu kelas B2.
Diskaun Bayaran Lesen
Menerusi bantuan ini, mereka yang layak hanya dikenakan bayaran sebanyak RM250 seorang dengan menghadiri kursus singkat.
Bayaran ini lebih murah berbanding kos sebenar yang perlu ditanggung oleh individu biasa berjumlah RM750 seorang.
Syarat Kelayakan Permohonan
Penerima bantuan ini akan melalui tapisan yang dilakukan oleh JPJ bagi memenuhi syarat kelayakan berikut:
- Warganegara Malaysia yang berumur 16 tahun ke atas
- Sihat tubuh badan dan mental
- Tiada kecacatan fizikal
- Tidak disenarai hitam JPJ atau polis
- Belum memiliki sebarang lesen memandu kenderaan.
Cara Membuat Permohonan
Setakat ini, tiada kenyataan dikeluarkan lagi mengenai cara membuat permohonan bantuan ini. Sebarang info akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Soalan Lazim & FAQ
1) Bantuan lesen B40 ditawarkan untuk kelas apa
Kelas B2
2) Berapa yang kena bayar?
Hanya RM250 sahaja
3) Umur yang dibenarkan untuk dapat bantuan ini?
Pastikan umur anda 16 tahun dan ke atas
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai BLKM, sila layari laman rasmi MOT di https://www.facebook.com/motmalaysia
Aqasya is the dedicated author behind www.mingguankerja.my, the go-to platform for comprehensive coverage of job vacancies and pressing current issues in Malaysia. With a knack for delivering informative and insightful content, Aqasya keeps the Malaysian audience well-informed and connected to employment opportunities and local affairs.