Portal MyASNB
MyASNB merupakan sebuah portal yang dimiliki oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) yang bertujuan untuk memberikan kemudahan berurusan secara atas talian.
Melalui portal MyASNB para pelanggan ASNB boleh untuk melihat pegangan dan melaksanakan urusniaga dalam talian bila-bila masa sahaja.
Tahukah anda MyASNB menyediakan pelbagai perkhidmatan untuk kemudahan pemegang unitnya.
Antaranya termasuklah:
- Pertanyaan butiran pegangan semasa
- Melihat rekod transaksi portal sehingga 90 hari
- Pelaburan tambahan
- Kemaskini maklumat peribadi
Cara Daftar ASB Online Melalui Portal myASNB
Sebelum anda menggunakan MyASNB, terlebih dahulu anda perlu untuk mengemaskini maklumat peribadi anda seperti, alamat e-emel, nombot telefon bimbit dan alamat surat menyurat melalui mana-mana cawangan ASNB atau ejen sah ASNB seperti di pejabat pos.
Anda cuma perlu beritahu di kaunter yang anda nak update maklumat untuk portal ASB online.
1. Buka Laman Web myASNB
Pergi ke www.myasnb.com.my
2. Daftar
Klik ‘Daftar di sini’.
Baca notis pemberitahuan dan klik ‘Teruskan’
Sila baca dan fahamkan Terma dan Syarat (T&C). Tandakan kotak untuk menerima T&C dan klik ‘Setuju’
3. Isikan Butiran
Isikan butir-butir akaun ASNB anda seperti yang tertera di skrin.
Klik ‘Seterusnya’ untuk meneruskan.
Sahkan nombor telefon bimbit anda adalah berpadanan dengan nombor yang didaftarkan dengan ASNB dan kemudian klik ‘Request TAC’.
Masukkan kod TAC seperti yang diterima melalui SMS dan klik ‘Seterusnya’.
Nota:
- Jika anda tidak menerima TAC, sila klik ‘Hantar semula TAC’ selepas memastikan 4 digit terakhir nombor telefon yang dipaparkan adalah seperti yang didaftarkan.
- Sekiranya nombor telefon tidak dipaparkan atau tidak berpadanan, sila batalkan pendaftaran dan rujuk kepada cawangan ASNB terdekat.
4. Cipta Akaun Portal myASNB
- Tentukan ‘Username’ atau ID Pengguna anda
- Masukkan Frasa Selamat
- Pilih TIGA soalan keselamatan dan masukkan jawapan yang berkenaan
- Klik ‘Tamat’ untuk melengkapkan pendaftaran
*Anda diingatkan supaya menyimpan maklumat penting seperti nama pengguna, kata laluan, frasa keselamatan dan jawapan untuk soalan keselamatan di tempat selamat untuk rujukan masa hadapan.
Setelah pendaftaran berjaya, anda akan diberikan kata laluan sementara untuk log masuk kali pertama.
Nota
- Jika nombor telefon bimbit anda telah disahkan semasa melengkapkan pendaftaran portal, kata laluan sementara anda akan dihantar melalui SMS.
- E-mel pengesahan akan dihantar ke alamat e-mel berdaftar anda. Sila sahkan email melalui pautan ‘Verify Email’ yang dihantar.
- Setelah pendaftaran selesai, anda dikehendaki membuat Log Masuk Kali Pertama dengan menggunakan kata laluan sementara.
- Kata laluan sementara yang diberikan oleh Portal myASNB akan sah selama 30 hari. Sekiranya anda tidak melakukan Log Masuk Kali Pertama dalam tempoh 30 hari tersebut, pendaftaran anda akan dikeluarkan daripada sistem.
5. Log Masuk Kali Pertama
Klik ‘Log masuk’ pada halaman yang memaparkan kata laluan sementara anda.
Anda juga boleh klik ‘Log masuk’ selepas kembali ke halaman utama myASNB.
Masukkan ID Pengguna dan diikuti dengan kata laluan sementara.
Selepas itu, sistem akan meminta anda supaya menukar kata laluan yang baru.
Kemaskini dan tukar kata laluan untuk tujuan keselamatan.
Kemudian, log masuk semula menggunakan kata laluan yang baru tadi.
Selesai!
Pengeluaran ASB Online
- Pelabur kini boleh membuat permohonan pengeluaran ASB secara online.
- Namun had maksimum pengeluaran hanyalah RM500 sebulan.
- Minima sekali pengeluaran pula sebanyak RM100.
- Hanya tiga transaksi dibenarkan dalam sebulan.
- Info lanjut boleh rujuk di portal rasmi MyASNB.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan ASNB 03-7730 8899 (8 pagi – 10 malam) atau emel ke [email protected]
Semoga artikel ini bermanfaat untuk rujukan anda.
Kredit: ecentral.my
Aqasya is the dedicated author behind www.mingguankerja.my, the go-to platform for comprehensive coverage of job vacancies and pressing current issues in Malaysia. With a knack for delivering informative and insightful content, Aqasya keeps the Malaysian audience well-informed and connected to employment opportunities and local affairs.