Pengambilan calon guru bagi Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan kini dibuka melalui portal MyPDPP. Program istimewa ini ditaja sepenuhnya oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa mana-mana graduan lulusan Ijazah Sarjana Muda TANPA Pendidikan yang berkelayakan, berpotensi dan berminat untuk mengikuti PDPP di Institut Pendidikan Guru, KPM.
Apa Itu Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP)
Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) merupakan inisiatif oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang berfungsi dalam melatih graduan yang memiliki Ijazah Sarjana Muda tanpa latar belakang pendidikan untuk menjadi guru di sekolah rendah dan menengah KPM di Malaysia.
Program ini dilaksanakan sepenuhnya secara bersemuka di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan di seluruh negara dan berlangsung selama tiga semester atau setahun.
Baca Juga : Jawatan Kosong Institut Pendidikan Guru (IPG) Bulan Ogos 2024
PDPP berupaya dalam melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG), KPM melalui pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah. Antara bidang yang ditawarkan termasuklah:
- Bahasa Melayu
- Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL)
- Pendidikan Jasmani
- Pendidikan Islam
- dan Pendidikan Pemulihan
Bidang tersebut disesuaikan untuk Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT), bahkan Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK).
Selain itu, PDPP menawarkan peluang keemasan kepada graduan yang berminat untuk memulakan kerjaya sebagai guru, dengan sokongan penuh dari segi kewangan dan penempatan kerja yang dibiayai oleh KPM.
Menariknya, calon yang layak bakal dibiayai yuran pengajian yang ditanggung sepenuhnya serta elaun sara hidup sepanjang tempoh pengajian PDPP.
Keterangan Program Calon Guru MyPDPP
Berikut dikongsikan keterangan program calon guru PDPP:
- Nama Program: Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP)
- Mod Program: Sepenuh Masa
- Pelaksanaan: Perdana
- Interaksi Kuliah: Bersemuka sepenuhnya di kampus
- Fokus program ini adalah untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG), KPM dalam pelbagai bidang khusus bagi keperluan di sekolah rendah KPM.
- Calon yang berjaya dalam permohonan diwajibkan mengikuti PDPP selama satu tahun atau tiga semester di mana-mana IPG yang ditetapkan oleh KPM.
Cara Mohon Calon Guru MyPDPP
Berikut adalah cara mohon calon guru Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan:
- Layari laman sesawang KPM di alamat https://mypdpp.moe.gov.my/PD
- Hanya satu permohonan sahaja bagi seorang pemohon.
- Buat pengesahan permohonan dan hantar sebelum tarikh tutup permohonan.
- Nombor rujukan dan Tarikh menduduki e-UKCG akan diterima bagi permohonan yang berjaya dihantar.
*Penting: Sebelum mengemukakan permohonan, pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang
https://mypdpp.moe.gov.my/PD dan meneliti maklumat iklan, temu duga, Ujian Kecergasan Fizikal (UKF), Ujian Kelayakan Calon Guru (e-UKCG) dan tarikh-tarikh penting pengambilan.
Tarikh Permohonan Calon Guru MyPDPP 2024
Tarikh Permohonan Dibuka: 13 Ogos 2024 (Jam 10.00 Pagi)
Tarikh Permohonan Ditutup: 19 Ogos 2024 (Jam 11.59 Malam)
Pemohon harus menyemak tarikh-tarikh penting dari semasa ke semasa bagi mendapatkan maklumat terkini. Walau bagaimanapun, sebarang kemaskini, aktiviti dan tarikh berhak dipinda oleh pihak KPM mengikut keperluan semasa.
Maklumat yang ralat, palsu dan tidak lengkap mengakibatkan permohonan ditolak serta merta.
Baca Juga : Gaji Perdana Menteri, Ketua Menteri di Malaysia 2024
Kadar Elaun Tajaan Program MyPDPP
Elaun sara hidup sebanyak RM430 setiap bulan selama setahun disediakan oleh KPM. Sementara itu, KPM turut menaja sepenuhnya yuran pengajian. Namun demikian, kos sewaan penginapan sepanjang pengajian pula tidak ditanggung oleh KPM.
Pemohon yang berjaya dalam permohonan harus bersetuju serta patuh dengan setiap terma yang terkandung dalam surat tawaran termasuklah Perjanjian Pendidikan Guru serta pindaan yang mungkin dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.
KPM juga berhak dalam menawarkan bidang pengkhususan yang berlainan dengan bidang yang telah dimohon oleh calon.
Maklumat Lanjut
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan, Sila hubungi alamat berikut:
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN
ARAS 1-3, BLOK 2250 JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA, SELANGOR DARUL EHSAN
(u.p: Jabatan Pengambilan dan Penempatan, Pusat Hal Ehwal Pelajar)
No. Telefon : 03-8312 6731/6768/6760/6733/6693
Aqasya is the dedicated author behind www.mingguankerja.my, the go-to platform for comprehensive coverage of job vacancies and pressing current issues in Malaysia. With a knack for delivering informative and insightful content, Aqasya keeps the Malaysian audience well-informed and connected to employment opportunities and local affairs.