Paris 2024 – Kem Malaysia Kemuka Rayuan Untuk Azizul

Kongsikan Artikel Ini

TERKINI – Kem Malaysia kemuka rayuan ke pihak pengurusan acara berbasikal trek Sukan Olimpik Paris 2024.

Perkara itu dilakukan susulan penyingkiran Datuk Azizulhasni Awang di peringkat 1 acara keirin sebentar tadi berikutan ‘false start’.

Namun, kem Malaysia diketuai John Beasley telah mengemukakan rayuan agar Datuk Azizulhasni Awang dipertimbangkan ke pusingan repechage. Meskipun senarai nama ke repechage telah keluar, namun kem Malaysia kekal menunggu jawapan rasmi dari pihak pengurusan.

Sementara itu, pelumba Malaysia, Mohd Shah Firdaus Shahrom mendapat tempat ketiga pada peringkat 1 dan akan melalui sesi repecharge jam 1.20 pagi waktu Malaysia.

Jadual acara keirin boleh dirujuk di sini.


Kongsikan Artikel Ini