5 Kategori Pegawai Yang Diberi Kuasa Pegang Kad Pengenalan Anda

Kongsikan Artikel Ini

Anda mungkin pernah berhadapan dengan situasi di mana pengawal keselamatan meminta kad pengenalan sebelum dibenarkan masuk sesetengah premis kediaman.

Walaupun adakalanya ragu-ragu, kad pengenalan terpaksa diserahkan bagi membolehkan akses masuk, selain untuk tujuan keselamatan pemilik premis kediaman.

Namun, bolehkah jika pengawal keselamatan atau sesiapa sahaja memegang kad pengenalan individu lain?

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjelaskan pengawal keselamatan tidak mempunyai kuasa untuk meminta dan menyimpan kad pengenalan anda.

Kad Pengenalan
5 Kategori Pegawai Yang Diberi Kuasa Pegang Kad Pengenalan Anda 13

Menurut Peraturan 7, Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990, hanya 5 kategori pegawai yang diberi kuasa untuk memegang atau menyimpan kad pengenalan individu lain.

  1. Pegawai Pendaftaran
  2. Pegawai Polis
  3. Pegawai Kastam
  4. Anggota Tentera Yang Bertugas
  5. Pegawai awam yang diberi kuasa oleh Ketua Pengarah Pendaftaran Negara.

Ia berikutan kad pengenalan merupakan dokumen identiti diri yang penting bagi seseorang yang bertaraf warganegara. Dengan memberikan kad pengenalan kepada pihak tidak sepatutnya, ia mendedahkan individu terhadap risiko eksploitasi untuk kegiatan jenayah dan sebagainya.

Artikel berkaitan :

Adakah Polis Bantuan Diberi Kuasa Pegang Kad Pengenalan?

Menurut Seksyen 50 Akta Polis 1967, Yang di-Pertuan Agong boleh melalui kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan menetapkan tugas, kuasa dan keistimewaan pegawai polis bantuan dan kawasan dalam mana-mana tugas, kuasa dan keistimewaan itu boleh dijalankan oleh pegawai berkenaan.

Bermakna, kuasa polis bantuan adalah sama dengan pegawai polis tetapi terhad di kawasan tanggungjawabnya sahaja.

Sekiranya polis bantuan bertugas bersama dengan pemantauan pegawai polis walaupun di luar kawasan, ia juga mempunyai kuasa yang sama seperti pegawai polis.

Kad Pengenalan
5 Kategori Pegawai Yang Diberi Kuasa Pegang Kad Pengenalan Anda 14

Kesalahan Pegang Kad Pengenalan Individu Lain

Mengikut Peraturan 25, Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990, memegang atau menyimpan kad pengenalan orang lain adalah menjadi satu kesalahan, kecuali bagi pegawai yang diberi kuasa.

Jika disabit kesalahan boleh dipenjara maksimum tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Tahukah Anda Dalam Kad Pengenalan Anda Terdapat Sejumlah Wang Yang Tak Dituntut?

Ramai tak tahu rupanya dalam kad pengenalan kita ada duit, ini cara mudah nak claim. Wang tak dituntut selalunya berlaku jika ada dalam kalangan ahli keluarga yang sudah meninggal dunia dan masih mempunyai baki wang di beberapa akaun lain.

Mungkin ada dan mungkin tiada dalam kalangan ahli keluarga yang tahu, rupanya masih ada wang yang boleh kita tuntut dalam jumlah yang banyak.

Rupa-rupanya ada juga dalam kalangan kita yang mempunyai wang tak dituntut dalam kad pengenalan diri juga. Berikut merupakan cara untuk anda ‘claim’ wang  yang tidak dituntut ini supaya boleh digunakan.

Wang tak Dituntut
5 Kategori Pegawai Yang Diberi Kuasa Pegang Kad Pengenalan Anda 15

Cara Semak Wang Tak Dituntut (WTD)

Berikut dikongsikan cara untuk membuat semakan wtd online:

Langkah 1 : Layari pautan portal https://egumis.anm.gov.my/

Langkah 2 : Buat pendaftaran pengguna secara atas talian.

Langkah 3 : Log masuk portal menggunakan kata laluan yang didaftar.

Langkah 4 : Kemaskini maklumat pengguna.

Langkah 5 : Klik pada “KLIK DI SINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT” untuk membuat Semakan WTD melalui nombor pengenalan diri atau nombor pendaftaran syarikat dan cetak maklumat Wang Tak Dituntut tersebut (jika ada)

Langkah 6 : Klik “Cetak” , jika perlu.

Wang tak Dituntut
5 Kategori Pegawai Yang Diberi Kuasa Pegang Kad Pengenalan Anda 16

Cara Membuat Tuntutan Wang Tak Dituntut (WTD)

WTD boleh dituntut melalui 3 cara iaitu:

Online

Langkah 1 : Layari pautan portal https://egumis.anm.gov.my/

Wang tak Dituntut
5 Kategori Pegawai Yang Diberi Kuasa Pegang Kad Pengenalan Anda 17

Langkah 2 : Klik pada ruangan “KLIK DI SINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT” untuk membuat semakan WTD melalui nombor pengenalan diri. Klik Cetak maklumat Wang Tak Dituntut tersebut (jika perlu)

Wang tak Dituntut
5 Kategori Pegawai Yang Diberi Kuasa Pegang Kad Pengenalan Anda 18

Langkah 3 : Klik pada rekod WTD yang ingin dituntut pilih “Teruskan Dengan Permohonan”

Langkah 4 : Klik pada “Tambah Penerima” untuk masukkan perihal penerima WTD. Pilih pada kotak yang disediakan sekiranya. Maklumat Diri adalah sama seperti Maklumat Pemohon, masukkan maklumat perbankan dan kemudian “Simpan”.

Wang tak Dituntut
5 Kategori Pegawai Yang Diberi Kuasa Pegang Kad Pengenalan Anda 19

Langkah 5 : Muat naik dokumen sokongan bagi kategori “MANDATORI”

Wang tak Dituntut
5 Kategori Pegawai Yang Diberi Kuasa Pegang Kad Pengenalan Anda 20
Wang tak Dituntut
5 Kategori Pegawai Yang Diberi Kuasa Pegang Kad Pengenalan Anda 21

Langkah 6 : Tandakan pada dua kotak untuk bersetuju dengan pengakuan serta terma dan syarat eGUMIS dan Klik Hantar. Pilih Ya untuk menghantar permohonan tuntutan

Wang tak Dituntut
5 Kategori Pegawai Yang Diberi Kuasa Pegang Kad Pengenalan Anda 22

Langkah 7 : Rujuk Portal eGUMIS untuk status permohonan WTD.


*Proses bayaran hanya akan dilaksanakan apabila dokumen lengkap DISAHKAN.

Kaunter

Hantar permohonan lengkap dengan maklumat WTD yang telah dicetak secara terus ke kaunter Pendaftar Wang Tak Dituntut atau di mana-mana cawangan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)

POS

Hantar permohonan lengkap dengan maklumat WTD yang telah dicetak melalui pos di alamat:

Pejabat Pendaftar Wang Tak Dituntut

Bahagian Pengurusan Wang Tak Dituntut

Jabatan Akauntan Negara Malaysia

Aras 1, Blok Utara, Perbendaharaan 2,

Kompleks Kementerian Kewangan,

No. 7, Persiaran Perdana, Presint 2,

62594, Putrajaya

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan permasalahan dalam membuat permohonan semakan dan tuntutan WTD, anda boleh:

  • Menghantar emel ke Pentadbir Sistem eGUMIS di [email protected]
  • Juga menghubungi Call Centre di talian +603 2056 8052/53/54/55 
  • Atau menghubungi pejabat di talian 03-2056 8000

Semoga artikel ini memberi kemudahan dan manfaat kepada anda semua.

Sumber: JPN, PDRM, Wiser


Kongsikan Artikel Ini