Pelajar IPT Wajib Menjalani Pengasingan Di Pusat Pengasingan Apabila Pulang Ke Universiti

Kongsikan Artikel Ini


masuk%2Bu%2Bwajib%2Bmenjalani%2Bpengasingan


Group%2BWhatsapp%2BInfo%2BBantuan%2BKerajaan

Kemasukan semula pelajar ke kampus secara fizikal akan bermula pada 1 Mac 2021. Justeru itu, adalah diputuskan bahawa pelajar berkeperluan dari zon PKP/PKPB yang mendapat kebenaran untuk kembali ke IPT diwajibkan untuk menjalani pengasingan di Pusat Pengasingan.



Pusat Pengasingan


Pusat pengasingan merupakan fasiliti yang disediakan oleh IPT sebagai zon pengawasan bagi memantau tahap kesihatan risiko pelajar berperluan yang dibenarkan kembali ke kampus dari zon PKP/PKPB sebagai langkah pengawalan penularan pandemik Covid-19.



Tempoh Pengasingan


Tempoh pengasingan adalah selama sepuluh (10) hari sebagaimana ditetapkan bermula dari hari ketibaan pelajar berkeperluan di kampus.


Kos Pengasingan


Segala kos bagi penempatan, pengurusan dan pengoperasian Pusat Pengasingan adalah di bawah tanggungan IPT masing-masing.


Kenyataan Media Kementerian Pengajian Tinggi Garis Panduan Pengurusan Dan Pengoperasian Pusat Pengasingan IPT

masuk%2Bipt%2B1

masuk%2Bipt%2B2

masuk%2Bipt%2B3

masuk%2Bipt%2B4





Kongsikan Artikel Ini