Pelaksanaan Gaji Minimum RM1,500 bermula 1 Mei 2022

Kongsikan Artikel Ini

gaji rm1500


telegram%2Bimage

KUALA LUMPUR: Kerajaan meluluskan pelaksanaan kadar gaji minimum baharu RM1,500 sebulan bermula 1 Mei ini di seluruh negara, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Perdana Menteri berkata, pelaksanaan gaji minimum itu bagaimanapun akan hanya membabitkan majikan syarikat besar dan tidak membabitkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).


Kos Sara Hidup Meningkat

“Kos sara hidup semakin meningkat. Ini akan menekan golongan B40. Saya mendengar perbahasan yang dibawa oleh perwakilan dan keluhan rakyat di luar sana.
“Justeru, hari ini saya ingin mengumumkan di dalam dewan keramat ini kerajaan meluluskan pelaksanaan kadar gaji minimum baharu RM1,500 sebulan mulai 1 Mei 2022 di seluruh negara,” katanya dalam ucapan penggulungan PAU 2021 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur di sini, hari ini.


Penangguhan Gaji Minimum Kepada Syarikat Kecil

Perdana Menteri menjelaskan, kerajaan memutuskan untuk menangguhkan terlebih dahulu pelaksanaan kadar baharu gaji minimum itu kepada syarikat, perusahaan kecil dan koperasi yang tidak mampu membayar RM1,500 kepada pekerja mereka.
Katanya, Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi diarah untuk berbincang bagi membolehkan syarikat dan perusahaan seumpamanya menangguhkan perkara berkenaan.

“Bagi syarikat kecil, mikro dan yang berkurangan pendapatan Menteri Sumber Manusia akan berbincang dengan Tan Sri Noh Omar (Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi).
“Ini termasuk koperasi kecil yang tidak mampu membayat RM1,500 sebulan, supaya kita tangguhkan pelaksanana gaji minimum kepada syarikat kecil ini.

“Kita faham kalau ada restoran, gerai atau warung di kampung yang ada jumlah pekerja yang kecil, tidak wajar memaksa mereka. Jadi, 1 Mei ini untuk syarikat besar, termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan sebagainya,” katanya.


Kongsikan Artikel Ini