Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan bersetuju memberi bantuan tunai sekali bayar sebanyak RM500 kepada golongan B40 yang kehilangan pendapatan.
Perdana Menteri berkata, bayaran tambahan RM500 juga akan diberi kepada penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang berpendapatan RM1,000 dan ke bawah.
“Kerajaan akan memperuntukkan RM1.2 bilion kepada 2.4 juta penerima untuk mendapatkan bantuan ini,” katanya ketika mengumumkan pakej Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA), hari ini.
Muhyiddin berkata, kedua-dua bantuan khas ini akan dibayar mulai Jun depan ke akaun penerima.
Sumber: sinarharian.com.my
Aqasya is the dedicated author behind www.mingguankerja.my, the go-to platform for comprehensive coverage of job vacancies and pressing current issues in Malaysia. With a knack for delivering informative and insightful content, Aqasya keeps the Malaysian audience well-informed and connected to employment opportunities and local affairs.