Pemerkasa Plus: Moratorium Automatik Selama 3 Bulan B40 & Golongan Terjejas

Kongsikan Artikel Ini

moratorium%2B3%2Bbulan%2B%25281%2529

telegram%2Bimage

Kerajaan telah mengumumkan pakej baharu bantuan PEMERKASA PLUS yang bernilai RM40 bilion yang bertujuan untuk membantu rakyat menghadapi PKP 3.0. Selain itu, tujuan pakej bantuan ini ialah untuk merangsang ekonomi rakyat.

Total Lockdown fasa pertama telah bermula hari ini 1 Jun 2021 sehingga 14 Jun 2021. 


Berita baik bagi mereka yang menantikan maklumat terkini berkaitan dengan moratorium. Kami kongsikan kepada anda maklumat terkini berkaitan moratorium ini. 

3 Matlamat Utama PEMERKASA PLUS

Pertama: Mempertingkatkan Kapasiti Kesihatan Awam 
Kedua: Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat 
Ketiga: Menyokong Kelangsungan Perniagaan


Moratorium Secara Automatik

Hasil perbincangan bersama Bank Negara Malaysia (BNM), industri perbankan memberi jaminan dan komitmen penuh untuk terus memberikan bantuan pembayaran balik pinjaman dan moratorium.

Semua golongan B40 dan rakyat yang terjejas ekoran kehilangan pekerjaan serta perusahaan mikro dan PKS yang tidak dibenarkan beroperasi dalam tempoh PKP diberi dua pilihan:

  • Mendapatkan kelulusan moratorium secara automatik selama 3 bulan atau
  • Memilih untuk mendapatkan pengurangan bayaran balik secara ansuran sebanyak 50% selama tempoh 6 bulan.

Bila Tarikh Dilaksanakan?

Inisiatif ini akan dilaksanakan segera pada bulan Jun yang dijangka memberikan manfaat kepada 5 jua peminjam dengan nilai sehingga 30 bilion ringgit.


Kelegaan Untuk Golongan B40 Dan Rakyat

Industri perbankan akan diberikan maklumat lebih terperinci tentang moratorium bermula hari ini.

Cara Mohon Moratorium

Para peminjam boleh menghubungi bank masing-masing untuk mendapat manfaat bantuan ini. 

moratorium



Kongsikan Artikel Ini