Penerbangan Ditunda & Dibatalkan? Ini Cara Mudah Untuk Tuntut Pampasan Penerbangan

Kongsikan Artikel Ini

Beberapa hari ini tular isu berkaitan dengan penerbangan yang ditunda dan dibatalkan di media sosial. Ramai orang kecewa dengan penerbangan mereka yang ditunda dan dibatalkan tanpa diberitahu kepada mereka.

 

telegram%2Bimage

Beberapa hari ini tular isu berkaitan dengan penerbangan yang ditunda dan dibatalkan di media sosial. Ramai orang kecewa dengan penerbangan mereka yang ditunda dan dibatalkan tanpa diberitahu kepada mereka. 

Tahukah anda? Anda sebenarnya layak dan berhak untuk menuntuk pampasan sekiranya penerbangan anda ditunda dan dibatalkan. 


 

Kami kongsikan kepada anda, antara hak tuntutan pampasan yang anda layak seperti yang dikongsikan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna serta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia.

 

 

Tuntutan Pampasan Penerbangan Ditunda/Dibatalkan

Bergantung kepada punca penundaan/pembatalan, pengguna boleh menuntut pampasan seperti berikut;

 

 

Penerbangan Ditunda 2 Jam & Lebih

  • Makanan, panggilan telefon dan akses internet

Penerbangan Ditunda 5 Jam & Lebih

  • Anda layak untuk mendapatkan penginapan hotel dan pengangkutan

Penerbangan Dibatalkan

  • Anda layak untuk mendapatkan pembayaran balik secara penuh atau penerbangan alternatif

 

Pengumuman Mengenai Saluran Aduan Pengguna MAVCOM

Mengambil kira pengumuman baru-baru ini oleh Pemerintah mengenai pelonggaran sebagian Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) akan tetap menggalakan usaha jarak sosial demi kesihatan dan keselamatan komuniti.
Oleh itu, Suruhanjaya akan terus menerima pertanyaan dan aduan secara dalam talian melalui https://flysmart.my/en/make-a-complaint/ , atau melalui telefon di 1800 18 6966 buat masa kini. Kami akan berhubung dengan anda pada kadar yang segera.

 

Maklumat Tambahan

Pengecualian pampasan hanya berlaku untuk keadaan yang tidak dapata dijangka oleh syarikat penerbangan yang melibatkan risiko keselamatan atau cuaca ekstrem. 

Pengguna disarankan untuk membuat aduan kepada syarikat penerbangan yang berkenaan bagi sebarang tuntutan pampasan atau layari https://www.mavcom.my/bm/laman-utama/


Kongsikan Artikel Ini