Sejak pautan semakan status pengeluaran khas dibuka pada tengah malam 9 April 2022, ribuan ahli telah melakukan semakan status bagi permohonan Pengeluaran Khas KWSP kali ini.
Pengeluaran Khas merupakan program yang diumumkan kerajaan bagi membantu meringankan beban rakyat Malaysia yang terkesan ekoran pandemik yang telah melanda negara sejak dua tahun kebelakang.
Sejak semalam terdapat sebilangan besar ahli seakan ‘tidak faham’ ataupun ‘tidak yakin’ akan keputusan semakan status yang dipaparkan.
‘Permohonan Diterima’ Bermaksud Lulus Pengeluaran?
Sekiranya hasil semakan status yang anda lakukan memaparkan nama anda serta teks ‘Permohonan Diterima’, ini bermakna permohonan pengeluaran khas anda adalah berjaya melepasi fasa awal (maklumat diisi semasa permohonan sahih dan terpakai) dan sekiranya kemudian hari anda terima status ‘lulus’, anda layak untuk menerima pengkreditan amaun pengeluaran secara one-off pada 20 April 2022.
Contohnya, sekiranya anda memohon amaun RM9,000 semasa permohonan Pengeluaran Khas, kemudian paparan pada semakan status menyatakan ‘Permohonan Diterima’ diikuti ‘Lulus’ (semakan dari semasa ke semasa), ini bermakna anda akan menerima bayaran RM9,000 secara one-off pada 20 April 2022.
Tahniah kami ucapkan!
Cara Semak Status LULUS Pengeluaran Khas KWSP RM10,000
Ahli boleh melakukan semakan status permohonan Pengeluaran Khas mulai 9 April 2022 melalui:
- Layari http://pengeluarankhas.kwsp.gov.my
- Klik ‘Teruskan’
- Klik ‘Semakan Status Permohonan’
- Isi No MyKad/ MyPR atau; Nombor Passport/ MyKAS
- Isi No Telefon Bimbit
- Sahkan Captcha
- Klik ‘Semak Status’
- Keputusan Permohonan Dipaparkan
- Sekiranya anda LULUS, amaun permohonan yang anda mohon akan dikreditkan pada 20 April 2022
- Contohnya, sekiranya anda memohon pengeluaran sebanyak RM8,000 (dari Akaun 2/ Akaun 1), anda akan menerima pengkreditan dengan jumlah RM8,000 ke akaun bank anda pada 20 April 2022 (Rabu).
- Sekiranya anda TIDAK LULUS, kebiasannya KWSP akan melancarkan permohonan rayuan selepas 9 April 2022
- Cara permohonan rayuan akan kami kongsikan dari semasa ke semasa
- Ikuti Channel Telegram Rasmi di sini: http://t.me/pakejbantuankerajaan
- Segala perkembangan terkini akan kami kongsikan pada Channel Telegram tersebut
- Rancang perbelanjaan anda dan selamat maju jaya kami ucapkan
Aqasya is the dedicated author behind www.mingguankerja.my, the go-to platform for comprehensive coverage of job vacancies and pressing current issues in Malaysia. With a knack for delivering informative and insightful content, Aqasya keeps the Malaysian audience well-informed and connected to employment opportunities and local affairs.