Pengeluaran KWSP: Ini 10 Cara Terbaik Belanja Duit KWSP RM10,000 Menurut Pakar

Kongsikan Artikel Ini

Cara%20Belanja%20Duit%20KWSP%20RM10000


telegram%2Bimage

Ramai pencarum KWSP yang mungkin tidak tahu bagaimanakah untuk memanfaatkan Pengeluaran KWSP yang diberikan melalui Pengeluaran Khas KWSP RM10,000. Mungkin ramai akan melakukan pembaziran dengan menggunakan wang tersebut untuk perkara-perkara yang tidak bermanfaat.



Menurut Ketua Pakar Ekonomi Bank Islam, Dr Mohd AFzanizam Abdul Rashid, perbelanjaan wang itu diumpamakan seperti membawa air dalam baldi kerana jika tidak dibawa dengan betul, air kan tumpah.

Justeru itu, pencarum perlu untuk menentukan apa tujuan Pengeluaran Khas KWSP RM10,000 dibuat dan berbelanja mengikut keutamaan.



Kami kongsikan 10 langkah untuk berbelanja secara bermanfaat menggunakan duit KWSP RM10,000.


Baca Juga: Pengeluaran KWSP: Ini Maksud Kena Ganti RM12,000 Kalau Keluar RM10,000

10 Cara Belanja Duit KWSP RM10,000

  1. Bayar Hutang
    • Perkara paling penting untuk anda lakukan yang pertama adalah melangsaikan hutang terutamanya hutang kad kredit. Tahukah anda, peratus pembiayaan atau kadar faedah hutang kad kredit yang tinggi iaitu sebanyak 18 peratus akan menyebabkan pencarum terpaksa bayar faedah semakin tinggi seandainya hutang lambat dibayar
  2. Berniaga
    • Para pencarum boleh untuk menggunakan wang RM10,000 untuk berniaga dan mestilah disesuaikan dengan saiz perniagaan anda yang bersesuaian dengan modal. Contohnya para pencarum boleh memulakan perniagaan kecil-kecilan seperti menjual makanan.
    • Justeru sekiranya anda mendapat KWSP sebanyak RM10,000, jangan habiskan kesemuanya untuk modal, tapi gunakan sebanyak RM5,000 dan selebihnya simpan untuk kegunaan lain.
  3. Simpan dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB)
    • Tahukah anda, ASB memiliki cii pelaburan yang unik iaitu berisiko rendah dan mempunyai tahap kecairan yang tinggi iaitu membolehkan pencarum mengeluarkan semula wang ketika diperlukan.
  4. Beli Barang Keperluan Pendidikan
    • Gunakan wang untuk membeli alat-alat pendidikan seperti peranti pintar yang kini digunakan dengan selari pendidikan norma baharu.
    • Amat penting sebenarnya bagi anak-anak untuk menggunakan peranti pintar dan internet bagi bersemuka dengan guru mereka dan menjalani kelas secara atas talian.
  5. Sediakan Tabung Kecemasan
    • Anda kena faham, semenjak pelaksanaan PKP 1.0 pada Mac lalu menunjukkan bahawa betapa pentingnya untuk setiap keluarga memiliki tabung kecemasan bagi meneruskan kelangsungan hidup.
  6. Ambil Kursus Persediaan
    • Wang KWSP boleh dibelanjakan untuk mengambil kursus untuk menceburi bidang yang disukai. hak ini demikian kerana, kemahiran yang diperolehi mampu untuk bantu pencarum untuk memulakan langkah untuk menjana pendapatan sampingan.
  7. Beli Emas
    • Anda juga boleh untuk melabur dengan pembelian emas sekiranya mahu membuat pelaburan untuk jangka masa panjang.
  8. Tampung Kos Sara Hidup
    • Gunakan duit KWSP RM10,000 untuk menampung kos sara hidup untuk satu jangka masa yang ditetapkan.
  9. Beli Barang Keperluan Kerja
    • Memandangkan ramai pekerja yang terpaksa untuk bekerja dari rumah, jadi amatlah sesuai untuk digunakan duit KWSP ini untuk membeli barang keperluan kerja seperti komputer riba.
  10. Beli Barang Peribadi
    • Akhir sekali, adalah dengan membeli barang peribadi yang bermanfaat sebagai ganjaran kepada diri sendiri. Pastiakan ia boleh dgunakan dalam kadar atau amaun yang munasabah dan tidak membazir.

Semoga 10 langkah berbelanja duit KWSP RM10,000 ini akan memberi manfaat kepada anda.

Sumber: 10 langkah belanja duit KWSP


Kongsikan Artikel Ini