Pengeluaran KWSP RM10,000 Diluluskan Tapi Bersyarat?

Kongsikan Artikel Ini

AVvXsEh9Bc zLYY43ZjAQDPIEBj1w2naodqs8j1Nbm49UPEYG4kA8UDrtR6tQGaKHopF8s3hgP WumsjOIldwfX g lhBfmlaOeMEl6c ReSmqGdqD0n6UEOCsS13nlTSYayERray66pmuq3OxPy



Kerajaan sebelum ini membenarkan pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui tiga skim iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra berjumlah RM101 bilion, melibatkan 7.34 juta pencarum sejak pandemik COVID-19 melanda negara dua tahun lalu.

Berdasarkan dapatan kajian dan penelitian secara menyeluruh dalam fasa pemulihan selepas pandemik ini, ada dalam kalangan Keluarga Malaysia yang masih terkesan dari segi ekonomi, hilang pendapatan dan sedang membina semula kehidupan.


KERAJAAN DENGAR MASALAH RAKYAT

Kerajaan mendengar, mengkaji dan meneliti permintaan daripada semua pihak untuk mengeluarkan caruman KWSP.

Justeru itu, pada hari ini Kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000.


PENJELASAN LANJUT & SYARAT OLEH KEMENTERIAN KEWANGAN DAN KWSP

Penjelasan lanjut mengenai pengeluaran khas KWSP ini akan dibuat oleh Kementerian Kewangan dan KWSP.

Ini merupakan keputusan yang sukar kerana ia melibatkan simpanan hari tua rakyat dan pengeluaran khas ini adalah jalan tengah dalam mengimbangi antara keperluan mendesak hari ini dan simpanan masa hadapan.

KEKALKAN SIMPANAN KECUALI KEADAAN TERDESAK

Walaupun Kerajaan memberikan kebenaran untuk pengeluaran khas KWSP ini, namun saya merayu kepada para pencarum supaya mengekalkan simpanan mereka kecuali keadaan benar-benar mendesak.


Saya berharap para pencarum membuat pertimbangan yang sewajarnya sebelum melakukan pengeluaran, demi masa depan.


Kongsikan Artikel Ini