Pengeluaran RM10,000 One-Off Akaun 1 KWSP ~ Berapa Ramai Setuju

Kongsikan Artikel Ini

Akaun%2B1%2BKWSP


KUALA LUMPUR, Okt 26: Bekas Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak hari ini mencadangkan kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) agar membenarkan pencarum untuk mengeluarkan maksimum RM 10,000 bagi mengharungi cabaran kehidupan yang wujud berikutan impak penularan wabak Covid-19.

BANTUAN KHAS COVID-19 


“Semasa krisis Covid mula melanda, saya pernah cadangkan kerajaan benarkan pencarum keluarkan duit dari akaun 2 KWSP sebagai salah satu usaha membantu rakyat dan merancakkan ekonomi tempatan semasa Covid. Masa itu, kerajaan telah sambut dan melaksanakannya sebagai program i-Lestari dalam pakej Prihatin.”

PENGELUARAN RM10,000 AKAUN 1 KWSP



“Kini ada banyak permintaan untuk kerajaan membenarkan keluaran “one-off” sehingga RM10,000 dari akaun 1 KWSP bagi kegunaan mendesak. Saya rasa permohonan ini boleh dipertimbangkan dengan syarat pemohon juga tandatangan surat aku janji untuk berjanji mencarum semula pengeluaran “one-off” ini dalam tempoh dua tahun akan datang selepas ekonomi memulih – tidak termasuk caruman bulanan biasa,” kata Najib melalui posting Facebook beliau pagi tadi.

“Namun, saya nak nasihatkan bahawa dividen KWSP biasanya lebih tinggi berbanding kadar faedah simpanan bank dan simpanan KWSP adalah amat penting untuk usia tua kita selepas bersara. Sebab itu, jangan membuat pengeluaran KWSP jika tiada kegunaan mendesak,” tambah Najib lagi.

“Saya cadangkan syarat aku janji bukan sebab mahu pencarum bayar balik seperti pinjaman tetapi niat ialah untuk menggalakkan pencarum lebihkan simpanan usia tua sebab dividen KWSP lebih tinggi.”

“Jika tak dapat bayar balik dalam masa 2 tahun, tiada penalti dan KWSP tak boleh buat apa-apa. Cuma untuk memperingatkan pencarum bahawa simpanan dalam KWSP adalah penting dan akhirnya akan menguntungkan pencarum,” jelas Najib.


Kongsikan Artikel Ini

105 thoughts on “Pengeluaran RM10,000 One-Off Akaun 1 KWSP ~ Berapa Ramai Setuju”

  1. Setuju! Sesuai digunakan buat modal berniaga. Sekarang bukan masanya untuk cari kerja. Sekarang adalah masanya untuk rakyat create peluang pekerjaan dengan adanya perniagaan sendiri.

  2. Setuju 200%.. bole guna tuk berniaga.. dan tampung belanja sma pkp ni.. dgn keadahan bekerja hnya gaji basic saja d bayar.. dn penyewa.. dgn ni bole membantu tuk cr perniagaan tuk tmbh pendapatan..

  3. saya setuju,,,musim2 covid ni,,xtau akan datang apa jadi,,masih bernyawa lgi or tidak,,dapat keluar 10k pon dh syukur nikmat,,,apa2 jadi pon lepas ni,sekurang nya dapat merasa duit simpan yg dah hampir 12 thn ni..

  4. Itulah fungsinya duit simpanan kwsp..bila keadaan ekonomi rakyat trjejas di sebabkan covid19 ..pengeluaran epf acc 1 yg dicadangkan oleh dsnr harus di laksanakan oleh kerajaan..sb itu duit rakyat sendiri ..amat setuju dgn cadangan ini..hrap kerajaan laksanakan tanggungjawab ini..rakyat perlukannya utk menampung kehidupan semasa

Comments are closed.