PERMAI: Pembayaran Pendahuluan i-Sinar KWSP Kategori 2 Sebanyak RM1,000

Kongsikan Artikel Ini

kategori%2B2%2Bi%2Bsinar%2Brm1000

Pembayaran Pendahuluan i-Sinar Kategori 2 Sebanyak Rm1,000


KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan membuat pembayaran pendahuluan sehingga RM1,000 bagi permohonan kemudahan i-Sinar Kategori 2.



Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, inisiatif itu bagi menambah baik kemudahan i-Sinar, terutamanya bagi mereka yang menghadapi pelbagai cabaran akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta bencana banjir.

Hanya Perlu Memenuhi Kriteria Yang Ditetapkan Dan Menghantar Dokumen Sokongan Secara Atas Talian


“Proses pembayaran pendahuluan i-Sinar Kategori 2 juga dipermudahkan kerana ahli hanya perlu mengisytiharkan secara kendiri bahawa mereka memenuhi kriteria yang ditetapkan dan menghantar dokumen sokongan secara dalam talian.


Kerajaan Minta KWSP Mudahkan Proses Pembayaran 26 Januari 2021


“Kerajaan juga telah meminta KWSP memudahkan proses pembayaran pendahuluan ini, yang akan dibuat mulai 26 Januari.


Maklumat Lanjut Akan Diumumkan Dalam Masa Terdekat


Maklumat lanjut akan diumumkan oleh KWSP dalam masa terdekat,” kata Muhyiddin hari ini.
Beliau berkata demikian dalam Pengumuman Perdana Menteri Pakej Bantuan Khas yang disiarkan secara langsung pada Isnin.

Sumber: Astroawani.com

Kongsikan Artikel Ini