PERMAI: Permohonan Pakej Bantuan Ekonomi & Rakyat Malaysia

Kongsikan Artikel Ini

PAKEJ%2BBANTUAN%2BKHAS%2BPERMAI

image


Perdana Menteri melalui sidang media khas hari ini mengumumkan sebuah lagi pakej ransangan ekonomi iaitu Pakej Bantuan Ekonomi & Rakyat Malaysia atau akronimnya PERMAI melibatkan jumlah bantuan sekitar RM15 billion.


Antara senarai bantuan sepanjang tahun 2021 ini adalah


Pada perutusan khas PM sebentar tadi, sebanyak 22 Pakej Bantuan Khas telah diumumkan dalam usaha mengekalkan kestabilan ekonomi pada era pandemik Covid-19 ini.

SENARAI BANTUAN PERMAI 2021



  • Moratorium, termasuk lanjutan moratorium, dan pengurangan ansuran pinjaman akan ditawarkan oleh bank- bank, seperti yang diumumkan sebelum ini
  • Pelepasan cukai khas sehingga RM2,500 bagi pembelian telefon bimbit, komputer dan tablet dilanjutkan sehingga 31 Dis 2021
  • Bayaran fasa terakhir BPN 2.0 akan dipercepatkan iaitu mulai 21 Jan
  • Pemberian sekaligus RM500 kepada semua petugas barisan hadapan kesihatan, RM300 kepada petugas barisan hadapan lain mula dibayar pada suku tahun pertama tahun ini
  • Mereka terjejas boleh memohon moratorium bayaran balik pinjaman selama tiga bulan sehingga 31 Mac
  • Program Subsidi Upah 3.0 di bawah PERKESO akan ditambah baik, semua majikan yang beroperasi semasa PKP layak untuk memohon tanpa mengambil kira sektor
  • Bantuan sekaligus RM500 kepada pemandu pelancong, pemandu teksi serta pemandu bas sekolah, bas persiaran, kereta sewa dan e-hailing
  • KWSP akan membuat pembayaran pendahuluan sehingga RM1,000 ringgit bagi permohonan kemudahan i-Sinar Kategori 2,terutamanya bagi mereka yang menghadapi pelbagai cabaran akibat PKP serta bencana banjir
  • Program Subsidi Upah – Untuk tempoh satu bulan, majikan yang layak akan menerima subsidi upah berjumlah RM600 bagi setiap pekerja mereka yang bergaji kurang dari RM4,000, had pekerja 500
  • Kerajaan tambah lebih 3,500 petugas kesihatan yang akan bertugas hujung Januari, dengan peruntukan tambahan RM150 juta
  • Pemberian percuma data 1 Gigabit kepada orang ramai termasuk bagi tujuan pendidikan mulai awal bulan ini hingga April


Kongsikan Artikel Ini