Permohonan Baharu i-Sinar KWSP Pengeluaran RM10,000

Kongsikan Artikel Ini

Berita baik bagi mereka yang tidak sempat untuk membuat permohonan i-Sinar KWSP yang lalu. Kini, anda boleh untuk membuat permohonan baharu i-Sinar KWSP tanpa syarat sehingga 30 Jun ini.
Permohonan ini terbuka kepada mereka yang belum pernah membuat permohonan atau pengeluaran i-Sinar KWSP. 
Kami kongsikan kepada anda cara terkini untuk membuat permohonan baharu.


i%2Bsinar%2Bbaru%2B2

Apakah perkara penting yang perlu saya lakukan sebelum memohon i-Sinar?

1. Bagi melancarkan urusan permohonan nanti, anda digalakkan untuk mendaftar nombor telefon bimbit anda di cawangan atau kios KWSP dan mengemas kini maklumat melalui aplikasi atau portal i-Akaun.
2. Pastikan akaun bank yang diberikan kepada KWSP semasa pendaftaran:
  • Masih aktif
  • Milik anda
  • Bukan akaun bersama
  • Bukan akaun syarikat

Cara Permohonan Baharu i-Sinar KWSP

1. Layari portal i-Sinar KWSP dan pilih PERMOHONAN BAHARU
2. Isikan Nombor MyKad/MyPR dan Nombor Telefon Bimbit.
3. Tekan ‘TERUSKAN’
4. Jawab Soalan Keselamatan untuk pengesahan ATAU
4. Isikan Nombor OTP yang diterima melalui sms dan tekan SAHKAN OTP
6. Tetapkan Amaun Pilihan
7. Tetapkan Bayaran Bulan Pertama dan tekan Teruskan
8. Lengkapkan Maklumat Pemohon yang wajib diisi
9. Lengkapkan Maklumat Pembayaran dan tekan Teruskan
10. Semak semua maklumat dan tandakan setuju sebelum tekan Hantar
11. Permohonan anda diterima dan akan diproses
__________________________________________________________________________

Anda mungkin berminat pada artikel ini
_________________________________________________________________________

Cara Permohon Baharu i-Sinar Dikeluarkan Oleh KWSP

permohonan%2Bbaharu%2Bi%2Bsinar

Tarikh Akhir Permohonan i-Sinar Tanpa Syarat baharu

Tarikh akhir permohonan adalah pada 30 Jun 2021.

i%2Bsinar%2B2

Soalan Lazim Permohonan Baharu Yang Wajib Anda Tahu


1. Adakah bayaran interim sebanyak RM1000 masih dibayar?
Bayaran interim tidak lagi dibayar kerana permohonan akan diproses dengan kadar segera.

2. Adakah saya perlu mengemukakan dokumen sokongan semasa permohonan?
Tidak perlu, berdasarkan penambahbaikan i-Sinar tanpa kriteria, permohonan akan diproses berdasarkan kelayakan seperti di Soalan 3.
3. Adakah saya perlu mengemukakan bukti pengurangan pendapatan untuk memohon i-Sinar tanpa kriteria?
Tidak. Kriteria pengurangan pendapatan tidak lagi terpakai untuk permohonan i-Sinar tanpa kriteria ini.
4. Saya telah memohon i-Sinar sebelum ini dan status permohonan saya ‘Sedang Diproses’. Adakah saya perlu membuat permohonan semula?
Tidak. Anda tidak perlu membuat permohonan semula kerana permohonan tersebut akan diproses berdasarkan kelayakan di Soalan 3.
5. Saya telah memohon i-Sinar sebelum ini dan status permohonan memerlukan saya untuk ‘Muat Naik Dokumen Sokongan’. Adakah saya perlu memuat naik dokumen yang diperlukan?
Tidak. Anda tidak lagi perlu untuk mengemukakan dokumen sokongan kerana permohonan tersebut akan diproses berdasarkan kelayakan di Soalan 3.
Semoga artikel ini bermanfaat untuk anda.


Kongsikan Artikel Ini