Permohonan Bakul Prihatin Negara Bagi Rakyat Malaysia yang Memerlukan Barangan Dapur

Kongsikan Artikel Ini

Bakul%2BPrihatin%2BNegara%2B2021

telegram%2Bimage


Mana-mana individu yang terputus bekalan makanan diminta menghubungi Bilik Gerakan Jabatan Kebajikan Masyarakat berdekatan. Hubungi Talian Kasih 15999 atau bilik gerakan JKM Daerah anda.

Rakyat Malaysia yang ingin mendapatkan bantuan Bakul Prihatin Negara boleh menghubungi Bilik Gerakan JKM yang terdapat di 108 daerah di seluruh negara, Talian Kasih di 15999 atau Whatsapp ke 019-2615999. 


Mereka juga boleh mengemukakan permohonan bantuan melalui Media Sosial Rasmi (Facebook/Twitter/Instagram KPWKM dan JKM) atau menghubungi pemimpin tempatan di kawasan masing-masing.

Maklumat lanjut mengenai Bakul Prihatin Negara seperti Soalan Lazim (FAQ), borang dan carta alir permohonan serta nombor telefon Bilik Gerakan JKM di seluruh negara boleh diperolehi dengan melayari laman sesawang Jabatan Kebajikan Masyarakat.



Setiap bakul makanan adalah berjumlah RM50.

Ianya mengandungi barangan seperti berikut:

  • beras
  • gula
  • tepung gandum
  • bihun
  • kicap
  • sardin
  • biskut
  • kopi
  • garam

Cara Mohon Bakul Prihatin Negara


Ini adalah cara untuk membuat permohonan bantuan program bakul makanan ini. Ianya boleh dilakukan dengan beberapa cara iaitu:

  • Hubungi bilik gerakan JKM negeri/ daerah di mana anda menetap. (nombor telefon boleh diperolehi di bahagian bawah artikel ini)
  • Hubungi talian kasih di 15999.
  • Whatsapp di 019-26 15999. (wa.me/60192615999)
  • Hubungi pemimpin tempatan.

Perdana Menteri telah memperkenalkan program bakul makanan yang dikenali sebagai Bakul Prihatin Negara 2021. Syarat bagi Program Bakul Makanan ini ditujukan khusus kepada keluarga yang terjejas akibat pada masa ini.


Dijangka lebih 400,000 penerima akan mendapat manfaat daripada program ini.

Senarai Nombor JKM Setiap Daerah dan Negeri

Ini adalah nombor yang boleh anda hubungi untuk membuat permohonan program ini.



Anda boleh join telegram kami di t.me/pakejbantuankerajaan untuk mendapatkan lebih info mengenai bantuan terkini yang diperkenalkan.


JKM%2B1

JKM%2B2

JKM%2B3

JKM%2B4

JKM%2B5

JKM%2B6
JKM%2B7

JKM%2B8

JKM%2B9

JKM%2B10

JKM%2B11

JKM%2B12

JKM%2B13
JKM%2B14

JKM%2B15

JKM%2B16



Kongsikan Artikel Ini