IPOH: Penjawat awam negeri Perak bakal menerima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri berjumlah RM1,000 pada 25 April ini.
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pemberian bantuan berkenaan membabitkan peruntukan sebanyak RM7.9 juta dan akan memanfaatkan 7,907 penjawat awam di negeri tersebut.
PERMOHONAN BANTUAN AIDILFITRI RM1,000
Katanya lagi, bantuan tersebut juga membabitkan semua gred perjawatan termasuk kakitangan di bawah skim Contract Of Service dan Contract For Service.
“Kerajaan negeri bersetuju untuk menyalurkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM1,000 kepada seluruh penjawat awam negeri Perak.
“Turut menerima bantuan khas tersebut adalah guru sandaran tidak terlatih (GSTT), guru i’dadi, guru thanawi, guru tadika Islam, Orang Besar Jajahan, pegawai sambilan harian dan Tok Batin.
“Penyaluran bantuan khas tersebut akan dibuat bersama dengan pembayaran gaji bulan April iaitu pada 25 April 2022,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Saarani menambah, buat julung-julung kali bantuan khas Aidilfitri akan turut disalurkan kepada bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dengan kadar RM500 seorang.
Beliau menyifatkan pemberian tersebut adalah bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam memikul tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat.
Aqasya is the dedicated author behind www.mingguankerja.my, the go-to platform for comprehensive coverage of job vacancies and pressing current issues in Malaysia. With a knack for delivering informative and insightful content, Aqasya keeps the Malaysian audience well-informed and connected to employment opportunities and local affairs.