Permohonan Bantuan Aidilfitri Perlis RM500 Tahun 2022

Kongsikan Artikel Ini

Bantuan%20Raya%20Perlis

telegram%2Bimage


Kerajaan Perlis meluluskan bantuan khas RM500 sempena Aidilfitri kepada lebih 1,200 penjawat awam negeri dan kakitangan anak berkaitan kerajaan negeri.

Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man berkata pemberian bantuan itu diputuskan dalam mesyuarat Exco yang dipengerusikannya di sini, hari ini.



“Mereka yang layak dijangka menerima bantuan itu akhir bulan ini,” katanya kepada pemberita selepas berbuka puasa bersama media di Hotel Regency di sini, malam semalam.

Majlis berbuka puasa itu turut dihadiri anggota-anggota Exco Datuk Sabry Ahmad, Mohd Jamil Saad, Khairi Hassan serta wakil rakyat kawasan Titi Tinggi, Khaw Hock Kong.


Kongsikan Artikel Ini