Permohonan Bantuan Aidilfitri Pulau Pinang RM1,200 Tahun 2022

Kongsikan Artikel Ini

Bantuan%20Raya%20Pulau%20Pinang

telegram%2Bimage


GEORGE TOWN: Sempena perayaan Aidilfitri ini, penjawat awam di Pulau Pinang akan menerima Bantuan Kewangan Khas (BKK) setengah bulan gaji atau minimum RM1,200.


Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, berkata BKK diluluskan menerusi Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMK) yang berlangsung semalam.

PERMOHONAN BANTUAN AIDILFITRI RM1,200


Menurut Kon Yeow, pembayaran BKK yang akan dibuat pada 27 April nanti turut akan dipanjangkan kepada semua pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Badan Berkanun Negeri.

“Dalam pada itu, BKK berjumlah RM300 masing-masing disalurkan kepada penyelia dan guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), guru sekolah rendah agama rakyat (SRAR), guru sekolah menengah agama rakyat (SMAR), kakitangan SRAR, SMAR serta sekolah agama bantuan kerajaan (SABK) dan guru serta kakitangan sekolah persendirian Cina negeri Pulau Pinang.



“Manakala, BKK berjumlah RM200 akan disalurkan kepada guru tahfiz, guru pondok serta guru tadika Islam (TADIS),” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Kon Yeow berkata, BKK itu membabitkan implikasi kewangan dianggarkan berjumlah RM7.35 juta.

Ujarnya, selain sebagai persediaan menyambut Syawal pada tahun ini, pemberian BKK ini adalah sebagai penghargaan khas kerajaan negeri kepada semua penjawat awam Pulau Pinang yang telah mencurahkan segala keringat dalam menempuh tempoh pandemik COVID-19.


Kongsikan Artikel Ini