SHAH ALAM: Kerajaan Selangor mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak satu bulan gaji atau minimum RM1,000, sempena Hari Raya Aidilfitri kepada semua penjawat awam negeri.
Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata BKK itu turut diberikan kepada Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN); Speaker; Timbalan Speaker; Ahli Dewan Negeri; pengurusan tertinggi dan anggota perkhidmatan kerajaan negeri yang gajinya dibayar oleh Kerajaan Persekutuan.
PERMOHONAN BANTUAN AIDILFITRI RM1,000
“Bagi menghargai usaha serta komitmen penjawat awam negeri yang tidak kenal erti penat lelah bersama-sama memakmurkan negeri, Kerajaan Selangor bersetuju dengan cadangan pemberian BKK sempena Hari Raya Aidilfitri 1443H/2022 sebanyak satu bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada semua anggota perkhidmatan kerajaan negeri.
“Pemberian BKK ini membabitkan anggaran implikasi kewangan sebanyak RM39.15 juta, yang akan dibayar pada 27 April ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Amirudin berkata, kerajaan negeri juga bersetuju supaya jumlah pembayaran BKK yang dinamakan Insentif Rahmah Ramadan Selangor sejumlah RM1,000 dipanjangkan kepada pemimpin masyarakat iaitu Pengerusi MPKK; Pegawai Perhubungan Kampung Baru, Bagan, Tersusun, Ketua Komuniti India, Setiausaha MPKK dan Penyelia Wanita Berdaya Selangor (WBS).
Beliau berkata, bagi Penggerak Belia Selangor (PeBs), sebanyak RM500 peruntukan disediakan kepada mereka, yang mana insentif itu akan dibiayai oleh kerajaan negeri.
“Kerajaan negeri juga bersetuju supaya Insentif Rahmah Ramadan Selangor sejumlah RM500 diberikan kepada penggerak masjid (Nazir, Imam, Siak dan Bilal) atas dedikasi pengimarahan institusi masjid sepanjang Ramadan ini.
“Peruntukan ini akan disalurkan melalui Inisiatif program tanggungjawab sosial korporat (CSR) anak syarikat kerajaan negeri,” katanya.
Aqasya is the dedicated author behind www.mingguankerja.my, the go-to platform for comprehensive coverage of job vacancies and pressing current issues in Malaysia. With a knack for delivering informative and insightful content, Aqasya keeps the Malaysian audience well-informed and connected to employment opportunities and local affairs.