Tahukah anda? Bermula tahun 2012 setiap awal tahun, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ada memberikan bantuan one-off kepada murid yang bersekolah rendah serta sekolah menengah dari tahun 1 sehingga Tingkatan 5.
Pelajar yang layak memohon adalah dari kalangan keluarga yang berpendapatan Isi Rumah kasar RM3,000.00 dan ke bawah.
Kami kongsikan maklumat lanjut berkaitan bantuan ini.
Bantuan Awal Persekolahan (BAP)
Tujuan bantuan ini diperkenalkan adalah untuk meringankan beban perbelanjaan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa dan penjaga terutamanya pada awal tahun.
Jumlah Bantuan Setiap Tahun
Murid yang menerima BAP akan diberi bantuan sebanyak RM100.00 bagi seorang murid secara (one-off)
Sekiranya anda mempunyai anak sebanyak 5 orang anak dan melepasi syarat kelayakan yang ditetapkan, maka anda akan menerima sebanyak RM500 bagi 5 orang anak.
Syarat Kelayakan
- Murid warganegara Malaysia (perlu dibuktikan dengan sijil lahir/mykid/mykad yang disahkan atau apa-apa dokumen yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia) ;
- Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya yang berasal dari kalangan isi rumah berpendapatan bulanan KASAR sebanyak RM3,000.00 dan ke bawah pada tahun semasa. Pendapatan KASAR bulanan adalah pendapatan yang mengambil kira gaji hakiki/pokok dan elaun-elaun tetap sahaja. Elaun lebih masa dan elaun-elaun yang bersifat tidak tetap tidak boleh diambil kira sebagai pendapatan KASAR bulanan ;
- Bantuan ini diberikan kepada murid-murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK), Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK), Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Swasta (selain sekolah antarabangsa).
Cara Memohon Bantuan Awal Persekolahan (BAP)
Untuk pengetahuan para ibu bapa, mereka tidak perlu untuk membuat permohonan kerana pihak sekolah akan mengeluarkan senarai nama murid yang layak mendapatkan bantuan.
Murid yang layak akan menerima borang dan ibu bapa perlu isi. Pembayaran akan terus dikreditkan ke akaun penerima atau tunai.
Contoh Borang Permohonan BAP |
Kaedah Pembayaran
Bantuan akan disalurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara berperingkat terus ke ;
- Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah; ATAU
- Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyai Akaun KWK
Maklumat Tambahan
Aqasya is the dedicated author behind www.mingguankerja.my, the go-to platform for comprehensive coverage of job vacancies and pressing current issues in Malaysia. With a knack for delivering informative and insightful content, Aqasya keeps the Malaysian audience well-informed and connected to employment opportunities and local affairs.