Permohonan Bantuan Lesen Memandu Sesi Ogos 2023 Masih Dibuka!

Kongsikan Artikel Ini

Permohonan Bantuan Lesen Memandu – Untuk pengetahuan semua, pendaftaran Program MyLesen bagi sesi Ogos tahun 2023 masih dibuka!

Kepada yang berminat, anda boleh hadir ke JPJ bagi negeri yang terlibat bersama dokumen-dokumen yang berkaitan untuk kegunaan semasa sesi pendaftaran.

Dibawah kami kongsikan lagi serba sedikit info ringkas mengenai Program MyLesen ini.

WhatsApp Image 2023 08 10 at 11.37.58 AM 3
Permohonan Bantuan Lesen Memandu Sesi Ogos 2023 Masih Dibuka! 8

Permohonan Bantuan Lesen Memandu 2023

Majlis Pelancaran Program MyLesen B2 Peringkat Kebangsaan telah diadakan pada 30 Mei 2023. Turut hadir dan melancarkan program ini adalah YB Anthony Loke, Menteri Pengangkutan Malaysia.

Dengan jumlah 9,000 orang dari golongan B40 seluruh Negara akan dapat menyertai program MyLesen B2, manfaat daripada inisiatif Kementerian Pengangkutan Malaysia – Jabatan Pengangkutan Jalan(JPJ).

Lebih menarik, segala kos akan ditanggung oleh Kerajaan di bawah Belanjawan Madani 2023.

Program ini merupakan usaha Kementerian Pengangkutan Malaysia untuk menaiktaraf kehidupan B40 dan membuka lebih peluang menambah pendapatan.

Program MyLesen
Permohonan Bantuan Lesen Memandu Sesi Ogos 2023 Masih Dibuka! 9

Permohonan Bantuan Lesen Memandu (MELAKA)

Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Umur 16 tahun ke atas
  • Sihat tubuh badan & mental
  • Belum memiliki sebarang lesen memandu
  • Penerima bantuan Kerajaan (eKasih / Zakat / Baitulmal / JKM / JAKOA / LHDN dan Golongan B40)
  • Tanggungan kepada penerima layak memohon

*Sila kemukakan dokumen sokongan bagi pembuktian ke atas syarat yang ditetapkan.

Muat Turun Borang Bantuan Lesen 2023

borang lesen 1
Permohonan Bantuan Lesen Memandu Sesi Ogos 2023 Masih Dibuka! 10
borang lesen 2
Permohonan Bantuan Lesen Memandu Sesi Ogos 2023 Masih Dibuka! 11

HUBUNGI URUS SETIA PROGRAM MYLESEN B2 MELAKA :

  • 06-251 4049 / 06 – 251 4050
  • 9.00 pagi hingga 4.00 petang
  • Bahagian Pelesenan Melaka
FB IMG 1688258411896 1024x512 1 1
Permohonan Bantuan Lesen Memandu Sesi Ogos 2023 Masih Dibuka! 12

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat atau aduan berkaitan boleh disalurkan melalui aplikasi e-Aduan@jpj atau kepada saluran http://jpj.spab.gov.my beserta butiran pengadu dan butiran aduan.

JPJ Negeri Melaka telah dipersijilkan MS ISO 37001:2016 Anti Bribery Management System (ABMS) dan komited dalam memerangi rasuah.

Layari Laman Media Sosial Rasmi JPJ Untuk Info Terkini.

Facebook: Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia

Twitter: JPJ_Malaysia

Instagram: JPJMalaysia

Youtube: JPJMalaysia

Telegram: JPJ_Malaysia

Facebook Page: Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Melaka


Kongsikan Artikel Ini