Permohonan Baru Bantuan RM350 Golongan Bujang Dibuka

Kongsikan Artikel Ini

Kerajaan menyediakan bantuan RM350 golongan bujang bagi tahun 2024.

Bantuan ini merupakan salah satu inisiatif kerajaan dibawah program ‘Payung Rahmah’. Kadar bayaran adalah sebanyak RM350 bagi seorang penerima.

Kaedah bayaran adalah secara tunai ke akaun bank penerima yang layak. Fasa bayaran terbahagi kepada empat fasa iaitu fasa 1, fasa 2, fasa 3 dan fasa 4.

Berikut dikongsikan maklumat penuh pengenalan, syarat kelayakan dan cara permohonan.

Pengenalan Bantuan RM350 Golongan Bujang

Bantuan tunai ini merupakan sebahagian dari kategori penerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah yang meliputi isi rumah, warga emas dan bujang.

Khusus bagi golongan bujang, Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan tunai sebanyak RM350 seorang yang akan dibayar sepanjang tahun 2024.

Peruntukan melibatkan nilai RM10 bilion itu bakal memanfaatkan kira-kira 8 juta penerima termasuk dari kalangan golongan bujang di Malaysia.

Bantuan RM350 Golongan Bujang
Permohonan Baru Bantuan RM350 Golongan Bujang Dibuka 4

Jumlah Bayaran Bantuan RM350 Golongan Bujang

Jumlah bayaran adalah sebanyak RM350 meliputi empat (4) fasa bayaran seperti berikut:

  • Fasa 1 : RM100
  • Fasa 2 : RM100
  • Fasa 3 : RM50
  • Fasa 4 : RM100

Tarikh Bayaran Bantuan RM350 Golongan Bujang

Tarikh bayaran adalah terbahagi kepada empat (4) fasa bayaran seperti berikut:

  • Fasa 1 : Januari 2024
  • Fasa 2 : April 2024
  • Fasa 3 : Ogos 2024
  • Fasa 4 : November 2024

Tarikh bayaran STR Bujang bagi fasa 3 adalah pada 29 Ogos 2024. Perkara itu diumumkan Kementerian Kewangan melalui siaran media 8 perenggan baru-baru ini.

Berikut dikongsikan Jadual Bayaran STR Mengikut Bank 29 Ogos 2024

Permohonan Baru Bantuan RM350 Golongan Bujang

Bagi tahun 2024, kerajaan membuka permohonan baru bagi program Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Berikut dikongsikan maklumat lanjut cara permohonan:

  • Layari laman web permohonan bantuantunai.hasil.gov.my
  • Klik butang berwarna kuning ‘Permohonan Baru STR 2024’
  • Isi maklumat pemohon dengan lengkap
  • Sahkan verifikas ‘captcha’
  • Hantar permohonan

Kongsikan Artikel Ini