Permohonan Geran Khas Prihatin 3.0 ~ Bermula 1 April Sehingga 15 April

Kongsikan Artikel Ini

gkp%2B3

Group%2BWhatsapp%2BInfo%2BBantuan%2BKerajaan

Geran Khas Prihatin (GKP) 3.0 diperkenalkan lagi oleh kerajaan bagi menyokong sektor perniagaan khususnya perusahaan kecil dan Sederhana (PKS) mikro tempatan. Hal ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan PKS mikro supaya dapat membantu mereka semula untuk membangunkan perniagaan dalam tempoh masa yang mencabar ini. 


Bagi anda para PKS mikro yang tidak lulus dan belum menerim GKP sebelum ini, anda masih berpeluang untuk mengemukakan permohonan baharu untuk semakan semula. 





Kami kongsikan kepada anda maklumat terkini tentang GKP 3.0 ini.

Apakah GKP 3.0? 

GKP 3.0 adalah bantuan kewangan kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan serta bantuan kewangan tambahan kepada penerima sedia ada GKP 1.0 dan GKP 2.0 secara one-off berjumlah RM1,000 bagi meringankan beban kewangan perniagaan di samping meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan.

Siapakah yang layak menerima dan berapakah nilai bantuan GKP 3.0? 

Kelayakan dan nilai bantuan GKP 3.0 adalah seperti berikut: 

Layak GKP 3.0                                                 Nilai Bantuan 
Penerima sedia ada GKP 1.0 dan GKP 2.0     RM1,000 (One-Off) 
Lulus permohonan baharu GKP 3.0                RM1,000 (One-Off) 

 Siapakah yang layak permohonan baharu GKP 3.0? 

Mereka yang memohon GKP 3.0 perlu memenuhi syarat kelayakan seperti berikut:

 a. Bukan penerima GKP 1.0 dan GKP 2.0 sebelum ini; dan 
b. Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia; dan
 c. Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut:
  •   Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000; dan
  • Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang, tidak termasuk pemilik; dan
 d. Berdaftar dengan agensi-agensi berikut;
  •  Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sebelum atau pada 28 Februari 2021; atau 
  •  Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 28 Februari 2021; dan
 e. Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat. 

Bagaimanakah kaedah permohonan GKP 3.0?

 Permohonan baharu GKP 3.0 boleh dibuat secara dalam talian sahaja menerusi Portal GKP (https://gkp.hasil.gov.my). Permohonan baharu secara manual di cawangan-cawangan LHDNM tidak akan diterima. 

 Bilakah tarikh permohonan baharu GKP 3.0 bermula?

 Permohonan baharu GKP 3.0 akan dibuka mulai 1 April sehingga 15 April 2021 (15 hari).

Bilakah keputusan permohonan boleh diketahui? 

Pemohon boleh menyemak keputusan permohonan mulai awal Jun 2021 di portal rasmi (https://gkp.hasil.gov.my). Tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa. 

 Bilakah tarikh pembayaran GKP 3.0 akan dibuat? 

Tarikh pembayaran GKP 3.0 akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

 Bagaimanakah kaedah bayaran GKP 3.0 dilaksanakan?

 Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank persendirian pemohon yang didaftarkan pada permohonan baharu GKP 3.0 atau penerima sedia ada GKP 1.0 dan GKP 2.0. Akaun bank mestilah aktif.

Apakah yang akan terjadi sekiranya saya gagal mengemukakan akaun bank simpanan / semasa untuk pembayaran GKP 3.0? 

Proses pembayaran akan gagal dan bayaran akan terbatal memandangkan pembayaran GKP hanya dikreditkan kepada penerima yang mempunyai akaun bank simpanan / semasa yang aktif sahaja. 

Adakah semakan kelayakan GKP 3.0 akan dibuat dengan mana-mana Agensi Kerajaan? 

Ya. Kerajaan akan membuat semak silang dengan beberapa Agensi Kerajaan bagi memastikan kesahihan maklumat yang dikemukakan pemohon. 

Saya baru mendaftar dan menjalankan perniagaan pada tahun 2021 (sebelum 28 Februari 2021), adakah saya perlu melaporkan jualan bagi tahun 2020? 

Jika pendaftaran perniagaan pada tahun 2021 (sebelum 28 Februari 2021), jumlah jualan yang perlu dilaporkan adalah jualan diterima pada tahun 2021 sahaja.

Saya telah mendaftar dan menjalankan perniagaan sebelum atau pada tahun 2020. Oleh itu, jualan tahun bilakah yang perlu saya laporkan pada permohonan GKP 3.0? 

Jika perniagaan yang telah didaftarkan dan beroperasi sebelum atau pada tahun 2020, jumlah jualan yang perlu dilaporkan adalah jumlah jualan bagi tahun 2020 dan 2021.

Saya telah lulus GKP 3.0 bagi permohonan baharu, adakah saya layak untuk menerima GKP Tambahan di bawah Pakej Permai?

 Tidak layak. GKP Tambahan adalah bantuan kewangan tambahan secara one-off yang disediakan oleh Kerajaan kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang menerima bantuan Geran Khas Prihatin (GKP 1.0 dan GKP 2.0) sebelum ini.

Saya telah menerima bayaran GKP sebelum ini dan ingin menolak bantuan GKP.
Bagaimanakah cara untuk memulangkan bayaran GKP yang telah diterima? 

Tindakan yang perlu diambil adalah seperti berikut: 

  •  Sila kemukakan surat kepada Kementerian Kewangan Malaysia dengan menyatakan nama
    penuh, nombor Mykad dan sebab pemulangan;
  •  Lampirkan draf bank / cek atas nama Akauntan Negara Malaysia (mengikut jumlah
    pemulangan); dan
  •  Surat dan draf bank / cek perlu dikemukakan kepada pihak Kementerian Kewangan
    Malaysia di alamat berikut:

 Pejabat Belanjawan Negara
Kementerian Kewangan Malaysia
Presint 2, 62592 Putrajaya 

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan mengenai status permohonan GKP 3.0 boleh hubungi Hasil Care Line di
talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara). Rujuk Soal Jawab GKP 3.0 di sini.

Kongsikan Artikel Ini