Permohonan Lanjutan Moratorium Bersasar
Lanjutan Moratorium bersasar telah dipanjangkan oleh Bank Negara yang bertujuan untuk membantu anda yang terbeban dengan bayaran hutang bulanan sama ada anda peniaga atau pekerja.
Mesti anda tertanya-tanya apa yang dimaksudkan dengan lanjutan moratorium bersasar?
Apa Itu Lanjutan Moratorium?
Untuk makluman anda, moratorium adalah penangguhan rasmi bayaran ansuran bulanan daripada pembayar kepada pihak bank tanpa caj penalti atau denda. Untuk membantu meringankan beban kewangan rakyat Malaysia, kerajaan dan Bank Negara telah memperkenalkan moratorium COVID-19 pada 1 April 2020 selama 6 bulan, yang asalnya dijangka berakhir pada 30 September 2020.
Selain itu, bank Negara Malaysia telah mengeluarkan maklumat lanjut mengenai moratorium bersasar dan fleksibiliti pembayaran balik kepada pihak bank bagi individu dan peminjam lain termasuk Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang terkesan dengan penularan wabak COVID-19.
Tambahan pula pada 29 Julai 2020, kerajaan telah bersetuju untuk melakasanakan lanjutan moratorium selama 3 bulan (sehingga Disember 2020) dan bantuan bank bersasar yang khusus untuk rakyat yang hilang pekerjaan dan masih belum mendapat pekerjaan baharu.
Ini selaras dengan pengumuman yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 29 Julai yang lalu yang menyatakan kerajaan bersetuju untuk melanjutkan moratorium dan bank bersasar kepada individu dan peminjam lain yang layak.
Bagaimana membuat permohonan?
Permohonan Lanjutan Moratorium Bersasar
Berikut kami kongsikan dengan anda syarat-syarat kelayakan dan cara permohonan lanjutan moratorium ini:
SIAPA YANG LAYAK BUAT PERMOHONAN?
4 kategori yang layak membuat permohonan adalah seperti berikut
1. Individu yang hilang pekerjaan pada tahun 2020, dan masih belum mendapat pekerjaan baharu.
- Moratorium lanjutan bagi tempoh 3 bulan
- Institusi boleh melanjutkan tempoh moratorium bersasar bagi mereka yang masih belum mendapat pekerjaan
2. Individu yang tidak hilang pekerjaan tetapi gaji terjejas atau berkurangan akibat Covid-19.
- Pengurangan ansuran pinjaman yang selaras dengan pengurangan gaji, bergantung kepada jenis pembiayaan
- Selama tempoh sekurang-kurangnya 6 bulan
- Pemberian flesibiliti boleh dilanjutkan pada akhir tempoh tersebut, tertakluk kepada gaji peminjam
3. Sewa Beli
Peminjam yang terjejas akan ditawarkan jadual ansuran pembayaran yang selaras dengan Akta Sewa Beli 1967
4. Pinjaman Lain
Individu dan semua peminjam PKS yang terjejas diberi fleksibiliti berdasarkan keadaan spesifik setiap peminjam termasuk yang seperti dibawah
- Membayar faedah sahaja dalam tempoh tertentu
- Memanjangkan tempoh keseluruhan pinjaman bagi mengurangkan ansuran bulanan
- Memberikan fleksibiliti lain sehingga kedudukan peminjam lebih stabil
Maklumat Tambahan:
Untuk makluman, lanjutan ini tidak akan menjejaskan laporan kredit CCRIS peminjam.
CARA PERMOHONAN LANJUTAN MORATORIUM
Mereka yang ingin membuat permohonan lanjutan moratorium dan fleksibiliti bayaran balik pinjaman boleh ikuti cara-cara yang disediakan di bawah:
Peminjam boleh mula menghubungi bank atau AKPK mulai 7 Ogos 2020.
- Hubungi pihak bank yang terlibat.
- Menerusi panggilan tersebut, peminjam perlu memohon untuk melaksanakan moratorium bersasar atau fleksibliti pembayaran balik.
- Pihak bank akan menyatakan jadual dan terma pembayaran balik yang baharu.
- Pihak peminjam perlu memahami dan jika berpuas hati, pihak peminjam boleh menyatakan persetujuan.
- Jika pelan yang ditawarkan tidak dipersetujui, terdapat dua langkah lain yang boleh dilakukan iaitu:
Maklumat Tambahan:
– Peminjam boleh menghubungi Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).
– Bagi PKS, peminjam boleh memohon bantuan di bawah Skim Penyelesaian Pinjaman Kecil.
NOMBOR TELEFON BANK
- Bank Simpanan Nasional: 1300-88-1900
- Maybank: 1-300-88-6688
- CIMB Bank: 03-62047788
- Bank Islam: 03-26900900
- Bank Rakyat: 1-300-80-5454
- Bank Muamalat: 1-300-88-8787
- Agro Bank: 1-300-88-2476
- AmBank: 03-21788888
- Affin Bank: 03-82302222
- Hong Leong Bank: 03-76268899
- Public Bank: 1-800-22-5555
- RHB Bank: 03-9206 8118
- HSBC Amanah: 1-300-88-2626
- MBSB Bank: 03-20963000
- Alliance Bank: 03-55169988
- OCBC Bank: 03-83149310
- Standard Chartered Bank: 1-300-88-8888
- SME Bank: 03-26037700
- Bank Pembangunan Malaysia Berhad: 03-26113888
Semoga penulisan ini dapat membantu anda berkaitan dengan informasi lanjutan moratorium bersasar sehingga akhir tahun.
Aqasya is the dedicated author behind www.mingguankerja.my, the go-to platform for comprehensive coverage of job vacancies and pressing current issues in Malaysia. With a knack for delivering informative and insightful content, Aqasya keeps the Malaysian audience well-informed and connected to employment opportunities and local affairs.