Permohonan Laptop & Internet Percuma Tahun 2021

Kongsikan Artikel Ini

Permohonan%2BLaptop%2BPercuma%2B2021

Group%2BWhatsapp%2BInfo%2BBantuan%2BKerajaan

Golongan pelajar IPTA/IPTS adalah antara golongan yang terganggu daripada segi pembelajaran semasa covid-19 ini berlaku. Disebabkan oleh covid-19, mereka tidak dapat meneruskan pengajian mereka di Universiti dan terpaksa untuk meneruskan pembelajaran daripada rumah secara online iaitu atas talian.

Namun begitu, terdapat beberapa kekangan yang dihadapi oleh pelajar contohnya dari segi kemudahan asas untuk kelas atas talian seperti internet dan juga laptop untuk membuat kerja dan tugasan atas talian. 

Kita perlu faham, tidak semua pelajar merupakan keluarga yang senang, ada juga di antara mereka yang merupakan keluarga yang susah dan tidak mampu untuk mendapatkan kemudahan ini.

Justeru itu, Menteri Pengajian Tinggi, YB Dato’ Dr. Noraini Ahmad sangat prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh pelajar ini, beliau telah pun mengumumkan untuk memberikan bantuan laptop dan internet percuma bagi pelajar B40 pada 30 Oktober lepas.

Ini merupakan salah satu usaha kerajaan untuk membantu pelajar yang terjejas dari segi pembelajaran disebabkan penularan pandemik Covid-19.

Kami kongsikan kepada anda cara untuk memohon bantuan laptop percuma B40 dan internet percuma:



Cara Mohon Bantuan Laptop Percuma B40

Bagi bantuan ini, pelajar tidak perlu untuk memohon. Pihak Universiti akan menghubungi mereka yang layak untuk mendapatkan bantuan.

Mereka yang layak, akan menerima:

  • Komputer riba percuma
  • Pemberian Wang Tunai
  • Pinjaman Laptop Sepanjang Pengajian
  • Bantuan pinjaman kewangan istimewa bagi pelajar memperolehi laptop

Pelajar-pelajar telah pun mula menerima secara beperingkat bermula November 2020 lalu.

Cara Mohon Bantuan Pelan Data Percuma B40

Anda tidak perlu untuk membuat permohonan, namun pihak HEP Univertsiti akan menghubungi pelajar tersebut berdasarkan kelayakannya.

Anda boleh untuk menghubungi terus pihak HEP Universiti anda untuk menyemak syarat kelayakan.

Sekiranya anda layak, anda akan menerima bantuan dalam bentuk kad sim. Tapi ada juga segelintir pihak universiti akan memberikan  bantuan dalam bentuk wang tunai atau memasukkan terus ke akaun bank.

Harga Istimewa Pelan Data dan Laptop Untuk Pelajar Universiti

Sekiranya anda tidak melepasi syarat sebagai pelajar B40,  anda boleh lagi mempunyai keistimewaan sebagai pelajar untuk menerima bantuan harga istimewa bagi pelan data dan juga laptop. 

Harga istimewa ini diberikan kepada semua pelajar universiti awam, swasta, politeknik dan kolej komuniti.

Mohon Harga Istimewa Laptop Bagi Pelajar

Sekiranya anda ingin membeli laptop dengan keistimewaan sebagai seorang pelajar, anda hanya perlu membuat pembelian terus secara atas talian di kedai rasmi seperti yang kami kongsikan di bawah ini:

Mohon Harga Istimewa Pelan Data Internet Pelajar

Anda ingin jaringan internet yang baik untuk mengadakan kelas online? Tapi dengan harga yang lebih murah dan berbaloi? Anda boleh untuk terus ke kedai telco seperti Digi, Celcom dan Maxis dengan mengemukakan:

  • Kad Pengenalan 
  • Kad ID Pelajar

Celcom

ipt%2Bcelcom

Maxis

Digi

ipt%2Bdigi

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai bantuan ini, anda boleh terus ke facebook Kementerian Pengajian Tinggi untuk bertanyakan soalan.

Semoga perkongsian ini bermanfaat dan membantu anda menjalankan kelas secara atas talian dengan lancar.


Kongsikan Artikel Ini